Saturday, December 26, 2009

Entry Versi Tak Sihat

Aduh, sudah lama aku tak update blog nih.. tak sihat sangat akhir2 ni.. dah berapa hari aku tak taip blog pun aku tak pasti, malas lak nak paksa otak aku kira (padahal guna operasi "tolak" je.. Brape hari tak update = hari terakhir update - hari entry ni ditulis.. tolong kirekan bleh?).

Walaupun minggu ni minggu yang tidak sihat utk fizikal aku, tapi minggu ni paling menggembirakan aku.. minggu ni minggu pertama aku dengan part time job aku yg latest (part time job ketiga, byk gak part time job aku buat serentak).. minggu ni gak aku dpt tau yg scholarship application aku berjaya diterima.. Alhamdulillah, syukur.. Sekarang tgh sibuk fill in form utk terima scholarship tu bersama insan yg teristimewa..

Time isi form tu, aku nampak diorg mintak lagi medical checkup.. aku dah cuak dah nak kene buat xray lagi skali.. aku risau kalau2 aku mutate jadi mutant.. rasa2nya ade kebarangkalian tak aku jadi Hulk?
sbb setahu aku, dia jadi hulk lepas kena terlebih sinar gamma..
tapi sib baik la diorg ckp tak payah, takat amik report je dari klinik yg aku buat xray sblum ni.. katanye kalau aku buat xray kerap sgt, ia akan memberi kesan yang tidak manis kepada sistem peranakan aku.. erk.. part tu aku paling tak boleh terima.. Nooooooo~~!!!!

Adeh, kesengalan tubuh aku sudah kembali.. stop jap update utk kali ni.. nak pegi praktis bercakap ngan bakal bapak mertua esok utk tetapkan tarikh istimewa.. wish me luck!!

Sunday, December 20, 2009

10 more days before Jan.

Tonight after 12am only 10 days left before we gonna enter the new day, new year 2010. For this new entry, I wanna try to type all I wanna to express in English. That was what I did with her for the whole week, try to improve our English. The reason is, she wanna help me to face my mock teaching which was done last Thursday, and in the same time, me helping her coz her lecturer did mentioned in her class, all of us must speak in English whenever we are in IIUM. Thus, regardless our broken vocab and grammar, both of us just give it a try, and by hook or by crook it seems quite fun and also very funny ;)

Besides, we planned to go for further study abroad, my age already reached a quarter of hundred, and still not so good in English, :'( .. walla~ not so old meh, still young what!
Somehow, when I speaks in English, I cant be as humorous as I am when I speaks in Malay. Just wondering, what may happen when I’m doing my teaching in the future in English, will I gonna be a serious lecturer? Aiyo, I don’t wanna tat to happen, need to avoid from being a very mind-numbing lecturer, coz even me myself much prefer lecturer tat can teach and can create wonderful environment in class with hilarious words, and totally don’t like very gloomy class.

The rational of me writing my entry in English is because I wanna limit my writing this time, there are too many things have come up in my mind rite now, and I dun wanna to talk bout that, it would make me feel very2 miserable. Hurmmm, I think it is time for me to take a sleep. Goodbye Sunday, meet u again next week in UM! and sorry sayang, cant accompany u again for aerobics every Sunday after this.

Saturday, December 19, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah

Dah masuk 1431H, aku nak tetapkan banyak azam. Fokus azam tahun baru ini adalah untuk menamatkan zaman bujang aku, belajar bersungguh2 dan kerja bersungguh2.

Kalau ikutkan masihi, 2010 umurku bakal menjejak 26 tahun, manakala menuruh kalendar hijrah 1431H pulak membawa makna umurku bakal menjejak 27 tahun kerna aku lahir pada 1404H. Maka betullah targetku utk kahwin pada umur 27thn ;).
Si dia pula target kahwin umur 25 tahun (yg ni bagi dia ikut kalendar masihi lah, kalau ikut kalendar hijrah, tahun 1430 kot dia umur 25, dah lepas dah).

Hari ini hari pertunangan adik aku, alangkah indahnya kalau hari ni lah hari pertunangan aku. Langkah bendul die yer. Takpe2, aku akan pastikan aku kahwin dulu dari dia. Rasa macam nak booking dewan esok jugak. Mana boleh kena potong!

Thursday, December 17, 2009

Pukul Tiga Hari Khamis.. Hari Karaoke!

Hari ni cuti lagi. Asalnye amik cuti sebab nak pergi um, tapi semlm pagi gfku bagi khabar gembira, aku dipanggil untuk mock teaching kat matrik uia. Tak pegi um aku udahnye tadi. Sorry rakan2 yang menunggu aku disana. Tak ade ape sgt pun ari ni kot, sekadar celebrating the new intake students je.

Lepas mock teaching tadi terus pergi uia, jemput buah hati nak pegi jalan2. Kelas pagi dia postpone ke petang. Hangin jer dia kelas cancel mengejut. Sib baik okay masa pergi karaoke ngan die. Melalak sakan kitaorg, sangat merdu gemersik bagai purnama merindu suara kami, jangan jeles please~.

Elok je lepas habis berkarok, member lak sms ajak karok lagi. Seharian aku berkaraoke, esok semayang jumaat confirm tak dengar aku punye "Amin" lepas al-Fatihah. Hari ni nak nyanyi lagu Awie je, ade org cakap suaraku saling tak tumpah seperti suara ahli kumpulan Wings tersebut. Kepada kawanku yg suara "mirip2" suara Faizal Tahir, jangan terkejut nanti! Muahaha (gelak angkuh dengan percubaan nak gelak gaya Awie).

Tuesday, December 15, 2009

Pukul Tiga Hari Selasa; Hari Mengular

Peh, hari ni mengular habis-habisan. Takde keje langsung. Sepanjang pagi tadi dok teman kekasih hati kat luar opis, pastu teman die buat appointment dentist, skali time tu gak kena scaling. Cumil jer dia cuak-cuak time tunggu giliran. Sekali kejap jer, dentist buat macam nak tak nak je.

Tetiba rasa macam menarik lak nak buat scaling. Kata orang, kalau kat klinik swasta rm80 utk scale semua gigi. Last aku buat masa darjah 4, lepas tu tobat dah, ngilu woo, org semua bersilih ganti, aku dok lagi kat klinik kikis gigi lama giler. Mengalir air mata jantan membasahi pipi, tatkala darah pula mengalir keluar membasahi bibir. Ganas2!!

Tapi lepas scaling tu yg rasa nikmatnye. Gigi rasa sangat bersih dan ringan.

Gigi kelihatan lebih putih, bibir kelihatan lebih merah lepas bermandikan darah!

Tunggu dapat elaun nanti nak buat gak lah scaling tu kat luar. Takpun buat je kat UM lepas masuk hujung dec ni. Haha, masuk2 je lepas daftar, terus pegi klinik gigi. Rakus sangat plak nampaknyer.

Jam dah menunjukkan waktu 3.30pm, count down, lagi 30minit mahu balik!
Rasa mcm sayang pulak nak tinggalkan tempat kerja ni. Kontrak sampai hujung dec je. Tgk lah nanti macam mana. Kalau ada rezeki tempat lain, berhijrah lah aku. Kalau tak ada, akan aku cuba extend kontrak kat tmpt ni. Kalau tak boleh gak, jadi surirumah je la aku, berlatih menjadi surirumah sebelum kahwin nanti. ;p

Monday, December 14, 2009

Pukul Tiga Petang Hari Isnin; Jejaka kebosanan

Dah pukul tiga petang. Aku masih di opis, baru lepas makan tengahari bersama gadis kesayangan. Kesian dia agak tidak sihat, penat melayan kerenah aku punya pasal. Bahana dpt boypren yg aktif gini.

Tak ade keje lagi sepanjang hari ni. Dok baca blog2 kat tenet, bukak emel, chatting, men fb, baca buku fizik n add math spm je kejer aku kat opis ni. Ni kira makan gaji buta ke? Tak kot, ni gara2 aku suka buat kerja cepat2, konon nak relax, tapi udahnye kebosanan. Menyesal buat keje cepat-cepat pun ade gak skrg ni. Takde idea nak buat ape ni yang dok rajin update blog ni.

Yess!! lagi setengah jam nak balik dah, nak jumpa "dia". Yippi!

Pukul tiga pagi, Isnin; Arsenal menang!!

Pukul tiga pagi (waktu Malaysia, GMT +8.00), peminat2 arsenal meraikan kemenangan arsenal ke atas liverpool, manakala aku pula yg juga merupakan salah seorang daripada mereka, sedang sibuk terlelap. ZzzZzzZ..

Tapi sempat gak ar tgk utk 45minit pertama. Agak down gak tgk performance Arsenal, logik ar Arsene Wenger mengamuk ketika waktu rehat. Tak pikir aku punye mengamuk gak sampai tertidur (padahal tertidur sbb tak cukup tidur pada hari sebelumnya, hehe). Terima kasih kepada Glen Johnson kerna menghadiahkan satu gol sendiri buat Arsenal, dan Arshavin yg menyumbatkan satu lagi stunning goal utk Arsenal (Gol kelima beliau di Anfield, tahun lepas dia sumbat 4, masa seri 4-4). Cayalah Arshavin.



Berusaha lagi Liverpool, i believe your season will gonna start this wednesday (a bit delay, before this Rafa said the season for liverpool will start last night, sorry la Rafa kerna menghampakanmu).

Skrg dah masuk pagi isnin, takde mood bekerja sbb takde kerja, dok update blog sat. Kalau bleh nak menaip je terus sampai abis waktu kerja. Tapi nanti org tak lalu lak nak baca blog aku panjang-panjang, tambah lak pagi isnin yg mengatukkan, silap2 ade yg terlena depan monitor masing2.

Sunday, December 13, 2009

Pukul tiga hari ahad, balik dari kenduri kahwin

Fuh, hari sabtu dan ahad ni adalah hari yang best. Susah nak lupakan. ;)
Hari ahad, pukul tiga, baru je sampai rumah dari kenduri kawen member tmpt keje lame bertempat di taman permata. Bulan Disember ni mmg musim kawen, tiap2 minggu dpt jemputan. Payah gak walaupun dapat jemputan makan free tetiap minggu, pergi kenduri yg dekat2 jer sudah. Kepada empunya kenduri yang aku hadir, harap ampun, kerna tiada cenderahati daripadaku, kerna aku tiada lagi pekerjaan tetap (sape suruh korang kawen awal2?.. muahahaha)..

2 minggu berturut-turut kenduri kawen yg aku pergi byk menghidangkan lagu putus cinta untuk santapan telinga ketika menyantap nasi minyak.. ape kejadah? hari bahagia, pasang lagi bahagia je ler.. dah lama tak dengar lagu saloma "Selamat Pengantin Baru" berkumandang di corong-corong speaker kenduri kawen.. skrg pasang lagu-lagu moden jer, main hentam pasang lak tu, zaman kini sudah berubah, aku nak pasang lagu hindi bleh ker masa kawen nanti? satu hal gak, aku dan bakal isteri aku tak paham, walaupun dia sangat2 minat lagu hindi..

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan di hujung minggu ini, ada juga kesedihan. Anak perempuan seorang staf tempat kerjaku meninggal dunia kerana menghidap penyakit kronik (entry sebelum ni ada citer).. Al-Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Thursday, December 10, 2009

Pukul tiga hari khamis

Jam pukul tiga, aku baru balik drp hospital selayang dengan org opis dan bakal org umah aku melawat anak boss yg skrg kat dlm ICU sbb sakit paru-paru.. sayu hati aku tengok budak berumur 8thn terbaring lemah kat atas katil.. aku berdoa agar dia kembali sihat dan ceria seperti kanak2 lain yg sebaya dengannnya.. aku juga berharap tak ada siapa dari kalangan orang yg aku kenal masuk ke dalam ICU.. ada sesetengah penyakit mmg sukar utk dielakkan, bagi yg sedang sihat, berusahalah jaga kesihatan.. fizikal cergas, mentah cerdas..

Aku jejaka tunggal di opis

Aku skrg ni keje part time kat satu tmpt ni.. opis ni total staf ada 7 org je, 6 pompuan, dan aku le jejaka tunggal.. tapi secara logiknyer, ok lagi kalau 1 lelaki je kat sesuatu tmpt keje, jgn 1 pompuan je kat sesuatu tmpt keje.. bahaya wooo..

sume staff pompuan tmpt ni dah kawen, aku punye marriage status plak single, but relationship status plak sedang couple.. ;)
maka, yg lain byk lah experience.. selambe je citer hal rumah tangga.. kelakar pun ada gak, tapi byk gak ar pengajaran yg aku dapat drp borak2 ngan diorg.. mcm2 nasihat gak dpt untuk hubungan aku dan buah hatiku.. kena pulak diorg kenal buah hatiku sekeluarga.. kena usik tu adat ar kalau gini ghupenye, sorang laki dan 6 married women..

tu yg bestnye, tapi ade gak kurang bestnyer..

aku selalu kena standby jadi drebar, dan despatch... takde hal pun sebenarnye, cuma aku ni suke ngular sket bile keje dah siap.. memandangkan aku kene standby nak jadi drebar ngan despatch, maka susah ler aku nak ngular...
kalo tmpt keje aku dulu, keje dah siap, siap bleh pegi sunway pyramid shopping2 lagi, muahaha.. skrg ni pegi makan satu jam, satu jam tu la aku tersedak terbelahak sbb org opis dok sebut2 nama aku mencari..

takpe, adat pekerjaan, belajar kerja daripada bawah, mudah-mudahan aku tak takkan lupa diri..

Wednesday, December 9, 2009

Second blog lepas akaun friendster ditamatkan

Dah lama tak menulis blog, dah setahun kot.. dulu pun tulis blog curi2, masa keje kat kilang.. nak kate time tu takde keje, keje menimbun2.. konon saje ar hobi, ala2 diari, bak kata sorang mamat cantik buruk (pretty ugly) "diari seorang lelaki" gitu.. tak tau ape reason tetibe stop, tau ler aku ni memanjang kene penyakit batuk je, takde le bermakna i do my job like releasing cough below a ladder.. takde mood dah kot..

Aku dengar2 lah, nak menjadi penulis yang hebat dan agung kena ada mood.. maka org yg perlu ada mood untuk menulis adalah penulis yang hebat dan agung.. secara penaakulan mantiknya, aku seorang penulis yang hebat dan agung.. siyes? tak perasan lak bakat aku sbg penulis, keje dok mengadap windows excel lagi byk daripada mengadap words.. nak menulis pun tangan dah kaku kakan abis, cakar ayam tu takyah citer ar, ni siap menggigil, baru satu perenggan karangan, tangan dah paralyzed.. peh, dasat sungguh penangan tak menulis selama hampir 2 tahun.. takat menaip tu, satu karangan bleh dibuat dlm masa 30minit sambil makan biskut lemak ping pong cicah milo.. kalau menulis, sori, baru wat dua baris, dah kena rehat..

Sekian je 1st entry drp seorang lelaki yg berangan nak jadi penulis yang hebat.. terlalu panjang utk percubaan kot ni.. makin rakus lak menaip ni..