Thursday, April 29, 2010

Kemalangan berbau

Orang selalu cakap malang itu tidak berbau.. kemalangan tu sebenarnye berbau busuk.. dislike!

Kelmarin aku baru je dilanggar budak berbasikal.. Bikin panas je budak tu pegi belok betul2 time aku tengah lalu.. Tak pasal2 langgar part depan motor aku lalu membuatkan sedikit retak fairing motorku.. Argh, sudah cacat belalang tempurku..
Tensen2.. Yang hangin, bila berlaku perlanggaran begini, aku yang dipersalahkan.. Padahal boleh tengok sape yang langgar sape..

Perkara yang sama pernah berlaku tahun lepas, bile ade sorang pakcik selamba bomba u-turn kat taman melati dengan mata melilau entah ke mana.. Aku plak time tu bawak EX5 pusaka, belum upgrade lagi time tu.. aku perasan yang pakcik tu buang tebiat, tapi aku tak sempat nak berhenti, pakcik tu langgar aku dari tepi, pakcik tu tergolek, manakala aku masih gagah duduk atas motor sambil terkedu.. Dandan ade sorang mamat penjual pisang goreng yang baru je jual pisang kat pakcik tu datang marah2 aku.. "Tolong la pakcik ni bro, org tua ni".. tak pasal2 aku pulak yang kene marah, aku ni hanya mangsa yang masih terkedu..
pakcik tu plak salah2kan aku, die cakap aku bawak moto laju, padahal time tu aku slow abis sbb ade bonggol.. dia yang tak tengok jalan.. bikin gua panas la lu pakcik.. nasib baik aku jenis hormat orang tua.. nasib baik yang dia langgar tu aku, kalo langgar kereta yang ada kat belakang aku? parah la pakcik tu, dia patut berterima kasih kat aku.

Sungguh double standard, bila seorang lelaki gagah (auww..) dilanggar sama ada budak atau lelaki berumur, maka lelaki muda harus tabah menerima api kemarahan orang lain.. Tahan je der, tahan sabar..

2 minggu lepas pun hampir terlibat dalam kemalangan kat MRR2, tengah bawak kete dengan dayah, tetibe ada satu kereta buat lawak dungu brake mengejut kat depan (antara dua lane lagi).. dua lane berhenti mengejut, aku plak dah slow dari awal sebab dapat menghidu sesuatu (kemalangan berbau?).. tetibe, shreeeet!!!!.. ada lori dekat sebelah aku tak sempat brake sebab last minute baru perasan orang tengah berhenti kat tengah2 jalan yang luas.. betul2 kat sebelah aku gak lori tu berlanggar.. Dayah dah trauma dah lepas tengok eksiden tu sampai tahap bawak kereta lane kiri je dgn kelambatan 40kmph je.. sian die..

video

nasib baik takde kecederaan berlaku.. kereta yang buat lawak dungu kat depan tu, blah je buat tak tau.. tak kupaham apa niat beliau, takde orang gelak pun dengan lawak dia buat tu..

Adakah aku perlu mandi bunga? Dayah, boleh tak abg pergi spa mandi bunga? hehehe.. :p

Monday, April 5, 2010

Shopping spreee

Peh lama betul tak update blog ni.. otak tgh tepu barangkali kebelakangan ni.. projek, assignment, presentation, midterm pun ade gak dah nak ujung sem nih.. lagi beberapa minggu je sblum cuti semester menjelang tiba..

Curi masa sket drp dok baca jurnal menimbun2 utk setelkan dua lagi projek dan presentation dlm 2 minggu ni utk update blog.. lepas seharian suntuk kelas dari pagi sampai ke malam semalam yg buat sel otak aku kejang, aku nak lepak sket hari ni..

Hari ni nak pi shopping ngan Dayah kat Nilai 3.. cadangnye nak beli beberapa barang, tapi dah alang2 bantai shopping sakan lah kot ari ni.. gaji tertunggak 3 bulan plak baru masuk, mmg just niceeee... tapi aku kena jimat sket, takut terlajak belanja, terkurang lak wang hantaran nanti gara2 tak cukup..:p

Dah dekat pkol 10, janji ngan Dayah nak pi jemput dia sat gi.. selamat bershopping (entah sejak bile la aku ni sembang mcm seorang shopaholic.. haih)