Friday, July 9, 2010

Satu hari lagi

Sehari je lagi nak kahwin dah aku.. Sehari je lagi jugak WC final, saje je pilih tarikh aku kawen nak buat final..
Nasib baik Holland dapat masuk final, menanglah korang sebagai hadiah kahwin aku.. Go Oranje!

P/s: aku benci sotong paul.. cas2 bajek prediction dia tepat.. Holland, sila buktikan paul layak digoreng seperti sotong biasa, tak pun dibuat makan mentah dalam sushi..

Wednesday, July 7, 2010

Gajiku bakal dipotong!

Lepas aku kahwin ni, gaji kami bakal dipotong..
Mengikut perjanjian dengan Kementerian Pengajian Tinggi,
Jikalau pelatih berkahwin dengan pelatih yang juga dibawah Skim Latihan Akademik Bumiputera yang belajar di universiti yang sama atau tinggal bersama selepas kahwin, maka elaun KPT akan dipotong..
Alamak, banyak gak tu kena potong.. RM225/month gak lah sorang kena potong. (RM450/month kalau campur dengan Dayah, hierrrk!).. part last terma kat atas tu aku ingat dah boleh terlepas sebab aku belajar di universiti lain.. ada plak dia tambah tulis kalau tinggal bersama pun kena potong daaa.. takkan ler aku nak tinggal rumah parent aku, Dayah plak kat rumah parent dia lepas kahwin semata-mata nak dapatkan full allowance.. aku tak sanggup berjauhan dengannyaaaaa~~ (dalam hati ada taman bunga, ilmu dan budi, oke!)..

RM450 boleh buat bayar motor aku bulan-bulan tuuuuu... mula-mula ada gak la pikir nak kawen diam-diam.. Maksud aku bukan ler kawen diam-diam tanpa pengetahuan keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan, tapi tanpa pengetahuan bosss.. Tapi benda ni macam gaji lah jugak, kita tipu, duit tak berkat.. tak baik tipu taw adek-adek, berdoseee..

Tapi tak apa, itu dugaan.. Semoga dimurahkan rezeki selepas kahwin.. Alhamdulillah masa tunang bulan Feb tu rezeki aku melimpah ruah, harap-harap perkara sama berlaku lepas kahwin.. hari tu baru dapat rezeki kahwin in advance, tenkiu Kak Tek!.. hihi..

Update: Aiyaa.. tadi orang MSD cakap RM900/month (jumlah kena potong kedua-dua orang).. manyak tuuu.. jangan suspen dulu.. kena konpemkan dgn KPT..

Tuesday, July 6, 2010

Hari yang dinanti bakal tiba

Menghitung hari, detik demi detik.. (peh layan seh lagu Kris Dayanti time-time macam ni).. hari ni dah masuk Selasa, tinggal Rabu, Khamis, Jumaat je yang menjarakkan kita daripada hari Sabtu (hari bersejarah aku).. Aku masih belum nampak ape yang bakal berubah dalam hidup aku bermula minggu depan..

Adakah aku akan masih lagi kekalkan gaya hidup bujang aku yang dok lepak Isnin - Jumaat, pastu pi kelas hari Sabtu dan Ahad? Bosan wooo hidup gitu.. Si Dayah pulak terbalik, Isnin - Jumaat pi uni, Sabtu Ahad plak dia cuti.. Boleh jumpe malam je ler melainkan aku pun ikut dia pi lab buat kerja..

Sekarang dok pikir nak cari side income Isnin - Jumaat.. Sebelum ni boleh ler keje jadi cikgu matrik, jadi kerani klinik.. tapi dah tak berani dah, takut kantoi.. La ni nak cari keje sendiri.. Orang cakap boleh buat duit guna blog, tapi blog aku pun bukak skali skala ja, camna duit nak mai?
Orang kata boleh buat side income dengan MLM je dari rumah.. Maaf ler, MLM tak kena dengan jiwa aku.. Aku tak yakin boleh dapat buat duit dengan mende alah ni..
Dulu member aku pernah buat kerja klik-klik iklan je kat tenet, sekali klik dapat ler US$0.01... mak aih, bila mau kayanya? lagi-lagi minimum US$10 baru boleh withdraw.. kelakar giler..

Atau aku hanya akan jadi surirumah pada hari kerja? Oh tak dapat aku bayangkan......
Sekian entry yang berunsur mata duitan kali ni.. duit-duit, di mana kau duit (layan lagu Hattan plak, yeh yeh!!)