Friday, May 26, 2017

A day (or two days) before fasting

Today is the 30th of Shaaban, a day before Ramadhan. First time without any of my family members on the first day of fasting which I am not yet sure when. During my previous couple of years here, I always followed the decision made by the Board of Imam from Islamic Council of Victoria. They follow the Hijri Calendar, 1st day of fasting is on the 1st of Ramadhan.

However, our friend, a Bangladeshi, he always started a day later, and also celebrate Eid a day later than us. He follows another council that refers to moonsighting. Here, almost every year there is no sign of the moon at the night of the 1st of Ramadhan. So, their 1st day of fasting is on the 2nd of the month.

Now, I am staying at my friend's house in Dandenong. The mosque that we always visit decided not to perform taraweh yet tonight because the moon is not in sight (in Melbourne, Brisbane and other various places around Australia). So, still thinking whether I should stick with what I used to follow, or follow the mosque that I am visiting now.

Hmmm.. still thinking whether want to sahur or not.
But most probably will follow the Hijr calendar. Although I am not together with my family, I want to fast and celebrate Eid on the same day as them.
May Allah accepts our deeds in this holy month regardless which of these two opinions we follow.




Tuesday, May 23, 2017

LaTeX issue :(

Stress!! During the time when I want to start Gung Ho doing my writing, my LaTeX compiler got this one issue. It was so sudden, no warning, no configuration was changed by me; hence, no idea what was wrong. The problem is when I want to compile my file from DVI to PS to PDF.

The first stage of compilation from the editor to DVI, works great. DVI to PS also works well. But the problem is only when want to convert PS to PDF. I realised that ps2pdf converter uses ghostscript which I think was automatically updated to a new version on my PC. The problem is, the TeX editor still configured to find the ghostscript executeable file from the old path (I don't know why they just don't fix the path everytime they update the version). Spent a couple of days just to solve this. :(

Monday, May 22, 2017

Sendirian diperantauan

It has been ages since the last time I updated this blog. While sitting alone, suddenly feel like want to check this blog again, just to reminisce my good old memories. It has been 3 weeks since I separated with my beloved wife and two kids after have been together every single day for the last 5 years (longest period separated was 3 days as far as I remember). I have already expected that it is going to be tough, but not this tough. But this is the path that I have chosen. Regret it? yes, because I miss them so much, and no, because I do this for us.

Oh, how I miss going to the uni with my wife, waking up in the morning kissing my smelly little kids especially Izzah, asking Luqman how was his school every day. Make me even more emotional when I go past my old rented house here in Clayton every day on my way to the uni. It was still crystal clear in Luqman's memory about our life there for the last 4 years. Until now, he keeps calling that house as "Rumah Luqman", and talks about the color of the house, the mirror on the wall, the backyard, the trampoline, the roses and dandelion in the front yard, our car.

That house was the first house we lived together, only four of us. Now they are living in Luqman's grandparents' house, he never calls it as his house. I don't think that all of us can forget our moments there, be it happy, sad, emotional, we will always appreciate them (not including Izzah, she was too small to remember anything).

I am going back in the next few months, I will try my best to accomplish everything as soon as possible. To reunite with my family is my main motivation. Be strong!

Thursday, February 28, 2013

Good Day Mate!

Setelah hampir 2 tahun sunyi sepi (tak sedar, last post adalah pada hari Luqman lahir), tiba-tiba rasa macam nak menulis balik.
Ye lah, bila berada di tempat orang, tak ada apa nak buat, mula lah cari hobi untuk buang masa.
Sembang macamlah banyak sangat masa lapang. Journal dah menimbun co-supervisor dah bagi, baca pun amik masa betul nak paham, totally new things.

Alhamdulillah, dah dapat kereta semalam Camry '96, dibeli dari Kak Nora yang dah habis PhD di RMIT. Esok pulak dapat kunci rumah sewa, betul-betul depan Monash, tapi seberang jalan besar. AUD1304/bulan, 3 bilik, semua heater dan stove pakai gas, ada backyard, agak reasonable lah.
Walaupun dekat, kena naik kereta gak, sebab rumah sewa kami di belah southeast university, rumah sewa pengasuh Luqman di belah northwest university. Jauh tu nak merentas uni dengan bawak Luqman lagi.

Semoga Allah permudahkan hidup kami sebagai perantau yang menuntut ilmu di negara orang. Tak dapat belajar hingga ke China, ke Australia pun boleh. :-)

Thursday, June 23, 2011

pengunjung tegar hospital selayang

Semenjak selasa lepas aku dan dayah agak tegar mengunjung hospital selayang. Start lepas pagi selasa lepas, doktor klinik uia yang buat weekly checkup dayah cakap dia dah boleh kemas barang dan pegi hospital.

Tapi bila sampai hospital, buat checkup ape bagai, doktor ckp baby belum nak keluar lagi. Doktor situ siap menyumpah seranah doktor uia ckp diaorg tak reti buat keje.

Pada subuh rabu, dayah dah start rasa sakit. Dipercayai simptom contraction. Selang 15 minit pada mula, lepas tu dah tak menentu. Dayah takmau pegi hospital sbb rasenye masih awal. Tambah2 lagi lepas dia dengar doktor situ emo2 hari sebelumnya, mau tak cuak.

Pagi ni, khamis, pkol 3am dayah dah sakit makin kerap. Sampai takleh tido. Teruk sgt keadaannya, kami pun berangkat ke hospital selayang tu balik lepas subuh.

Bila dicheck, dah ade contraction 1cm. Doktor cuba membuka laluan utk baby keluar, dan dayah disuruh balik sebab keadaannya yg tidak teruk lagi.

Ngam2 on the way nak balik tu lah dia dah start sakit teruk sampai susah nak jalan. Sampai rumah pkol 12tghari, dia dah tak senang duduk, sakit nonstop, dlm 10minit, 3-4kali dia rasa sakit. Pkol 2 antar balik ke hospital selayang.

Harap2 kali ni terus bersalin, takleh bayang seksanya kalau doktor suruh tunggu lagi. Kesian sampai takleh tidur.

Update blog ketika resah menunggu kat dewan bersalin.

Saturday, June 11, 2011

Video game yang menyihatkan


Sekarang aku cuba untuk mengamalkan hidup sihat berbanding sebelum ni. Berat naik mendadak tak turun2 lepas kahwin. Dulu berat 70kg masa study, sekarang 85kg. Nak turun sikit punya payah. Target aku tak turun banyak pun, sebab masa berat aku 70kg, aku super kurus, aku cuma target nak dapat badan yg fit sikit je.
Sket je lagi aku nak capai badan camni, lagi 5 packs jeww~

Sebelum ni aku ade suggest kat Dayah (sekarang ni kena bincang dulu dengan pasangan bile nak berbelanja besar, kalau dolu2 time bujang, main bantai beli je), beli game yg menyihatkan macam game Nintendo Wii, yg menggunakan pergerakan sampai berpeluh2.

Tapi bile survey2 console game di pasaran, ternampak pulak PS3 dan Xbox 360 pun dah hasilkan motion controller. Walaupun aku lagi minat PS3 sebab PS3 banyak collaborate dengan company game jepun, tapi masalahnye motion controller dia still perlukan kita memegang stick PS move lebih kurang Wii je camtu. Jadi kami beli Xbox 360 + kinect sebab motion sensor dia tampak lebih canggih walaupun tak se'accurate' ps move dan wii.


Serius aku cakap, tak menyesal beli console Xbox 360 ni. Walaupun sayang gak, kebanyakan game yg ekslusif utk PS3 aku tak dpt main, tapi aku tak kisah. Kinect ni memang sesuai untuk aktiviti beriadah, secara individu mahupun bersama keluarga, tapi seriously, aku prefer bermain beramai2, memang fun dan enjoice!! . Takat ni game kinect favourite aku adalah Kinect Sports, Dance Central dan Your Shape: Fitness Evolved. Game Your Shape adalah game fitness yg ajar kita routine aerobik seolah2 kita ada personal trainer sendiri, ada kelas After Baby yang khas utk Dayah punye slimming program lepas bersalin nanti.

Si Dayah cakap dia nak jadi hot mama lepas bersalin nanti, tapi dia tak suke aku exercise sgt, dia lagi suke aku gemok macam Po. Euww, aku pun nak jadi hot papa jugak. Tak sabar nak kecilkan 1 pack yg ada, dan tambah 5packs di abs utk menjadi macam gambar di atas.

IELTS

IELTS a.k.a International English Language Test System. Test ini wajib diambil oleh semua yang nak further study kat oversea. Di mana, bagi destinasi yang tidak menggunakan English sebagai bahasa ibunda, requirement utk lepas hanyalah 5.0 out of 9, dan untuk destinasi yang menggunakan English sebagai bahasa mereka, min requirement adalah 6.5 out of total 9. Dalam kes aku, aku perlu dapatkan minimum 6.5 jika mahu sambung ke us.

Aku dengan Dayah baru je ambik test ni 28 May lepas. Masing2 tak ade buat preparation sangat, takde pergi kelas yang dia offer yang tak agak2 mahal. Aku cari kat internet je semua study resources. Dua2 punye English skill dah berkarat habis, terutamanya kat writing. Speaking pun aku makin berterabur sebab kat UM rata2 gaul dengan orang sini je, Dayah kat UIA kerap borak2 dengan foreign students.

Mmg gamble lah kot kami berdua pergi test tu. Bahasa bukanlah bidang kami. Bahasa Melayu pun tergagap2, inikan pulak English. Meh bagi aku soalan Math, confident la jugak aku menjawab. Cuak tak cuak lah kalau dah yuran dia rm570. Kalau tak lepas 6.5, tambah la lagi rm570, hamek lagi sekali. Haih, mengalir laju je duit dalam poket keluar.

Hari ni dapat result, Alhamdulillah, aku dan Dayah sukses. Seperti yang dijangkakan, writing dan speaking aku hancur luluh, nasib baik dengan menggunakan deria pendengaran dan penglihatan aku yang tajam, listening dan reading aku dapat cover dua tu. Heh.

IELTS sudah setel, jom cari tempat sambung! Eh, aku lupa, master aku tak setel2 lagi. Duh!

Monday, June 6, 2011

Dayah vs Po

Baru-baru ni aku suka menyakat Dayah dengan gelaran Po. Sebenarnye kitorg memang suke menyakat satu sama lain. Lepas tengok cerita Kungfu Panda 2. Aku mula memanggil dia Po, tu pun lepas dia menyakat cuit2 perutku yang kian mengempis, heh. Tak tahan kena sakat punye pasal, terus terkeluar bunyi 'Po' tu dari mulutku, hoho. Dayah merajuk, pastu dia plak ejek aku si kambing tua penilik nasib sebab rambut aku yang dah beruban di dalam usia yang masih remaja dan comel.

Aku gelar dia Po bukan lah sebab perut Po sama dengan perut Dayah yang mengandung tunggu hari je nak deliver. Tapi sebab kechomelan dan kekelakaran Po tu sama macam ape yg aku nampak kat Dayah.


Her cute chubby cheeks and round face mirip Po.

Practicing kungfu in Po's hometown, China

All her cute gestures never fail to make me laugh, just like when watching Po in Kungfu Panda 2. Hik hik! Full with awesomenesss and cutenesss

Saturday, February 19, 2011

Percubaan menaip pakai henpon..

Entry ni aku sengaje ngengade nak blogging pakai henpon.. Serius susah menaip gune henpon touch screen menggunakan ibu jari aku yg besar gedabak.. Tu salah satu sbb aku tak berapa gemar smartphone touch screen asalnye.. Tapi skrin yg sgt besar membuatkan aku sanggup menjadi pengguns setia button backspace.. Haih

Penat dah aku typo berkali-kali dalam satu perenggan sahaje.. Nak test power pakai 'prediction' plak, ala-ala dictionary kalau gune 3310.. La ni canggih sket namanya.. Arfgv penat dag typk ni, tuksr mode jap, txpi kene tukar speakinb london ler..

Ok, aku dah penat menaip pakai henpon, maleh plak nak speaking london, sempat taip 2 perenggan je gune henpon sblum wifi connection lost.. Pakai laptop gak senang, laju je jari jemari aku menari-nari atas keyboard mengikut rentak irama iklan ape entah kat tv tu..

14 feb lepas aku ngan Dayah masing2 plan nak tukar henpon kitorang. Masing-masing punye henpon dah buat hal, time tu dua2 pakai henpon nokia ExpressMusic entah aku tak ingat siri ape.. Si dayah punye henpon, casing dah usang abis, aku punye plak, memanjang tak dapat coverage, membuatkan sukar untuk aku berkomunikasi dengan dunia luar yang luas tiada tara..

Plan asalnye nak beli henpon takat rm600 je, sebab henpon sebelum ni pun beli RM370 je tiap satu.. Kitorg pun survey ler, memule si Dayah
minat Nokia X5 limited edition (read: kaler pink!). Harga RM650, ok la, lari sket je, +RM50.. Tapi bile aku tgk balik, untuk Dayah, memang ler sesuai, comel dan pink gitu (aku tak tahu mengapa dia cakap henpon tu elegan, masih konpius sampai kini), tapi untuk aku, kecik sangat kot henpon tu, dan kemaskulinan aku tak terserlah dengan henpon kiut-miut yg kalau aku genggam, orang takboleh nampak henpon tu ada dalam tangan aku..

Time pegi lowyat tu, aku usha Samsung Galaxy 5, dalam RM650 gak, smartphone touchscreen paling murah kot kalau tak silap, tapi alahai, skrin dia memang besar kalau compare dengan henpon lain, tapi kalo nak taip, memang aku phail abis, skrin die agak kecik untuk henpon touchscreen, maka kalo aku menaip, konpem aku akan tertekan 4-5 hurup sekaligus..
Pastu tetibe tertarik plak dengan Nokia E71 sebab ramai gak member pakai henpon ni, ok, bajek lari jadi RM1050.. Tapi orang kat lowyat cakap E71 ni dah outdated, bagus tu memang bagus, tapi ada yang lagi bagus, mempunyai kualiti yang lebih kurang sama dengan harga yang lebih murah, tak jadi plak beli.. Pusing2 lagi, tertarik plak dengan Blackberry Curve 3G sebab ramai plak member pakai BB ni, nak ler cube gak (bajek nak ikut trend la ni), ok, bajek up sket jadi RM1090..
Malangnye, satu lowyat dah abis stok BB Curve 3G ni..

















Last2, aku ngan Dayah beli Nokia C7, aku taknak sebut harga dia, hahaha.. bajek lari jauh sangat kot.. Takat ni, puas ati la, Dayah pun sonok main-main GPS kat henpon tu, macam ler byk jalan pun, kalo ye byk jalan pun, aku gak yg kena drive.. huhu..
Best sayang dapat henpon tu? Selamat Ulang Tahun Pertunangan (Kami tak sambut Valentine oke!).. ;)

Thursday, February 10, 2011

Pi obersi lagi

Sekarang aku dah dekat sebulan masuk sem baru. Kalau nak diikutkan, ni sem last aku sebelum grad, bermakna sem ni mmg aku kena all out buat research. Tapi la ni, research aku tertangguh je lagi, dari satu hal, ke satu hal.. Maka, sangat banyak ler masa aku terbuang disebabkan tak tau nak buat ape. Research aku ni lagi banyak meluangkan masa berurusan dgn orang dari dengan equipment lab..

Keje lab dayah pun banyak tertangguh sebab kerap tak sihat.. Kemungkinan untuk extend tu sangat tinggi sbb expected due pun jatuh pada hujung sem, memang chantek~ Pandai gak aku planning.. Aku ngan Dayah risau sket dgn keje die, sbb byk handle chemical, harap2 semuanye okey je, baby sihat InsyaAllah..

Research aku baru nak start, bos aku kat UIA masa awal bulan satu tu dah suruh aku apply sambung kat obersi. Tergamam aku, tak start ape lagi kot. Lagi aku kelam kabut, bila die suruh aku masuk September intake. Tapi nasib baik ler dapat kawtim ngan bos, mintak postpone masuk winter session 2012. Kalo masuk September ni, Dayah mmg ngam2 baru lepas pantang, baby pun baru 2 bulan lebih, tak dpt ler nak mintak atok setapak jaga baby tu sampai besar sket.

Obersi yang bos aku suruh pegi tu adelah nun Amerika.. bos Dayah tak kisah Dayah nak sambung kat mana, jadi Dayah pun kena la ikut aku skali pi sambung kat Amerika tu.. Bos aku ade la gak bagi list Uni yg aku patut mintak, boleh tahan gak kedudukan Uni tu semua kat dalam ranking donia..

Aku pun riki2 la sket pasal Uni2 ni, dan disebabkan telah diracun oleh akak aku yg dok kat sana, aku ingat nak cube Virginia Tech (4jam dari tmpt tinggal akak aku, dekat konsulat Malaysia), dan Dayah pun ade course yg sesuai gak kat sana. Tapi VT ni Uni yg paling cabuk dlm byk2 yg bos aku sajes, risau lak die tak bagi. Skali aku nyatakan hasrat aku, dia ok plak, rupe2nye boss aku grad dari situ daaa..

Pi obersi ni yg aku risau adalah part makanan.. pi beijing 6 hari pun tekak dan perut sengsara, ni nak pi ujung bumi paling koman 3 tahun.. tgk akak aku yg kempunan kicap, santan dan kari makin buat aku risau.. Aku perlukan inisiatif utk mengatasi masalah ini.. Dayah kena belajar masak makanan western mulai sekarang supaya tekak aku boleh blend..

Syg! abg nak Ciken Cop.. ;p

Wednesday, January 26, 2011

Beijing 2011 ;p

Dah lama balik ke tanah air, baru terasa nak cerita sket pengalaman bercuti ke Beijing.
Percutian ke Beijing tu kali pertama aku pergi oversea (kalau Singapura, Langkawi, Pulau Pinang dan Pulau Perhentian tidak dikira sebagai oversea), dan juga kali pertama aku naik eroplen (Dayah pun first time gak naik mende kapal yg boleh terbang tu.). Jakunnye kami berdua, tapi kejap je, lepas tu bosan dah.

Sampai2 sana, suhu dianggarkan mencecah -1oC. Elok je keluar lepas dari kastam, terus keluar naik bas dengan hanya pakai tshirt dan jaket. Tak sempat nak sarung thermal underwear pun time tu, menggigil jugak ler sampai balik ke hotel. Bila pergi tempat sejuk ni, aku rasa benda paling penting adalah thermal underwear a.k.a long john je sebenarnye, sebab esoknye pakai long john, takde la rase sejuk mane, cume part yg long john tak cover seperti tangan dan muka je la kesejukan. Tahan tak tahan, layankan aje, bile lagi nak merasa musim sejuk kan? Kat Malaysia, kalau boleh makin nipis baju lagi selesa.

Pergi sana kalau ikut mana2 trip yang murah, mmg wajib ler melawat government shop sbb diorg ler yg bagi subsidi sampai kite boleh pergi dengan fee yang sangat rendah (boleh cecah rm1500 je utk 6 hari 5 malam, ticket flight, meals, accomodation included). Tapi tak wajib pun utk beli barang2 diorg tu, dan aku galakkan jangan beli langsung. Nanti aku citer kenape..

Sangat banyak kedai group kitorg singgah, tapi bagi aku yg paling best adalah kedai ubat dan kedai kristal. Yang menarik bukannye barang2 yang diorg jual. Tapi tukang cakap die tu.. Memang stail abes.. Yang mamat kat kedai ubat paling cool, lawak2 dia gile semat, tapi muke die cool je buat muke seposen.. aku suke sebahagian die punye ayat:-

1. Sakit kepala, tampal koyok.. Sakit bahu, tampal koyok.. Sakit hati, jangan tampal koyok, tampal USD.

2. Young people, eat fast food, get hiccups, tampal koyok 3 jari atas pusat. Young girls, during period, tampal koyok 3 jari bawah pusat.. bukan 5 jari bawah pusat..

3. Young man, tampal koyok 5 jari bawah pusat.. (pastu tangan buat gaya bengkok jadi tegak).. but cannot guarantee can go down, it's not my job, it's women's job..

4. If you use this lavender oil, nyamuk tidak gigit.. Nyamuk gigit orang lain.

5. For married girls, if use too much of this oil, nyamuk tidak gigit.. Suami gigit.. Kalau suami muda, hari-hari mau..

Byk gak lawak die yg berbaur nakal sket, tapi serius sangat lawak kalo gabungkan dengan reaksi muka yang tak ade perasaan langsung. Dan ye, dia cakap bahasa Melayu.

Kebanyakan orang tempatan Beijing yang kena handle tourist pernah belajar bahasa Melayu (sebenarnye lebih kepada bahasa Nusantara/Indonesia) sebab memang ramai gile orang dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore yang pegi sana.. jadi senang la diorg nak promote barang diorg.. Bahasa Melayu ni senang je nak belajar compare dengan English.. Ade sorang tu, belajar 4 bulan je, tapi not bad la, boleh communicate la jugak..

Yang kat kedai kristal tu, yg menariknye manager die orang cina malaysia.. memang sempoi abis.. dok mengutuk orang2 Beijing je sepanjang masa.. Sebenarnye, dia ni la yg bagi tau pasal perangai orang2 Beijing ni..

Orang Beijing ni katanya mata duitan, sangat kuat mark up harga barang.. Kalau pergi kat pasar dia, sebijik macam kat Petaling Street. Tapi aku rasa diorg lagi byk mark up, entah sampai berapa kali ganda diorg sebat. Jangan pikir market je buat macam tu, government shop yang harga barang tetap pun sebenarnye mark up gile baby, tapi malangnye aku abis beratus gak kat kedai gomen diorg.. (kedai mamat ni kedai gomen last yg kitorg lawat, duit dah kena kikis abis, baru tau perangai diorg).. Tips terbaik bila nak beli belah kat market dia adalah, tawar sampai si penjual marah, kalau dia marah, maksudnye dia untung, tapi tak banyak sangat. Bayangkan barang yang start2 dia letak harga 500yuan (~rm250) boleh tawar sampai jadi 100yuan (~rm50), tu pun lepas puas aku dengan Dayah bergaduh..

Lepas ni kalau ada rezeki lagi, memang aku nak gaduh kaw-kaw dekat sana.. pergi beg 5kg, balik beg 15kg.. sebab dah tau sikit2 teknik dia, hoho.. cume yg penting, kena tahan je la bergaduh.. kalau taknak gaduh, kena beli borong, takde la diorg marah sgt.. dan benda yang paling penting.. kalau beli barang elektronik macam handphone dan thumbdrive, rajin2 la test kat sana (bawak laptop sendiri la senang).. rata2 banyak yg beli sampah (barang rosak).. pengajaran di situ..

Sesape yang nak pergi Beijing, amalkan la tips tu (jangan beli barang kedai gomen, dan rajin2 la bergaduh dgn org dekat market), nescaya percutian anda akan enjoy di samping dapat bawak balik banyak barang murah.. huhu..

Tuesday, January 4, 2011

Saya Gentleman, Saya OK


Dayah: Abg, ade satu benda nak bagitau kat abg, tapi nanti abg mesti bangga gila2

Aku: Ape bendenye tu? Bagitau je laa.. Kalau betul boleh buat abg bangga, abg urut syg.

Dayah: Betul? Bro Mohammad ade jumpe supervisor abg, dia saja tanya lecturer tu, kenal tak Azan..

(Bro Mohammad (budak lab Dayah kat UIA) ni junior Supervisor aku (Lecturer UM), dua-dua berasal dari Bangladesh)

Aku: Pastu supervisor abg cakap ape?

Dayah: Dia cakap dia kenal abang, abang very nice and gentle.

Aku: Oh, yeke? ok... (sambil cuba menyembunyikan perasaan)

Akhirnya aku kena urut Dayah.. Adoi, obvious sangat ke aku blushing lepas dipuji?


Monday, January 3, 2011

Warm up!

Laju betul masa berlalu, dah 2 bulan rupanya aku tak update blog aku ni. Warm up sket sebelum serius kembali.

Dalam 2 bulan aku tak update blog ni, boleh tahan gak shoutbox kat tepi ni berjalan. Semuanya mengajak untuk ke blog masing2, dan mulai hari ini, tak ada dah shoutbox tersebut.. Selamat tinggal iklan-iklan preee..

Ada sebab tetibee je aku update blog ni, sebab tak ada apa nak buat pagi-pagi buta ni, nak tunggu Dayah siap kerja dia dulu, nak teman dia stay up, gara-gara dia baru dapat short notice dari supervisor dia untuk siapkan poster sebelum 11Jan (Malam tadi pukul 10.30mlm baru dapat notice, haih).

Yang buat Dayah lebih struggle, 7Jan ni kami dah booking flight nak pergi bercuti di Beijing. Aduu, ada masa 4 hari je lah dia nak siapkan semuanya. Kalau la aku reti tolong, aku dah tolong, tapi apakan daya, memang sama-sama bidang engineering, tapi aku ni mekanikal, dia pulak bioteknologi, haih, jauh gilak beza tu. Aku hanya mampu beri sokongan moral je.

Semoga Sukses Sayang!!

Aku kalau tengok Dayah buat kerja, aku jadi bersemangat nak buat kerja gak, tapi aku takde kerja lagi.

Thursday, October 21, 2010

Berita gumbira

Baru2 ni aku agak kelam kabut sket, tak berkesempatan pun nak mengarang blog sendiri sebab tak larat menaip dah.. Takat dok selak2 blog orang je larat.. Ni gara2 banyak jurnal nak disummarizekan untuk 2bijik projek dan satu dissertation.. Lecturer ada yang cakap tak kisah copy paste asalkan ada sertakan citation tersebut dari mana kita amik, ada plak lecturer yang takmo ayat sama langsung, pening kepala nak ubah suai atau lebih tepat downgrade ayat2 orang bijak pandai jadi sengal2 sket tahap aku.. tu yang buat penat jari menaip tu..

Dayah asyik demam je semenjak dua menjak ni.. kena lak dapat laki suka ngusik, bila kaki lenguh, dikatanya sebab bawak beban lebih dalam perut tu.. bila sakit perut, dikatanya budak tu dah mula menendang.. dah la demam, lagi penat dok melayan kerenah aku yg lagi suke mengusik..

Tapi hari selasa lepas dia dah sakit kepala sangat2, risau gak aku.. kitaorg pun nekad la nak check kehamilan, mane la tau tup2 ade rezeki.. pkol 10.30malam kluar rumah nak cari pregnancy test (lewat bebeno pun).. ade farmasi kat rumah masih bukak malam tu, tapi segan plak nak beli sebab baru je beli beberapa hari sebelumnya (result negatif time tu).. malam tu aku suruh dayah beli, dayah suruh aku beli, masing2 malu2 kucin takut akak tu cam muka kitaorg.. udahnye cari farmasi lain, semua tutup.. tu la die, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran..

Keesokan awal pagi aku capai kunci motor, rempit ke farmasi tu balik, selamba bomba tanpa rasa malu dah, aku angkat alat pregnancy test, ada dua jenis, aku siap tanya akak kaunter tu, alat mana yang lagi bagus antara harga RM8 ngan RM6 tu.. akak tu cakap bezanye saiz je.. aku pun angkut je la RM6, aku ngan dayah bukannye rabun teruk sangat sampai tak boleh nampak indicator tu (beza RM2 tu boleh beli air soya 1liter kot)..

Sekali check, positif!! Terus check kat klinik, keputusannya sama, positif!! Alhamdulillah, aku bakal bergelar ayah.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amin.

Tuesday, October 12, 2010

Jam 5.55pagi

Sekarang ni aku sangat kerap tertidur awal, tengah borak-borak dengan Dayah, tetibe terlelap.. Terbangun pkol 3-4pagi dengan kesegaran optimum, haih.. Dayah dah tidur nyenyak, takde geng nak bergurau-senda..

Di hening pagi ni, aku cuba nak sambung buat research study untuk 2 subjek yang aku ambik sem ni, punye la berat nak bukak jurnal melambak-lambak.. Satu subjek punye study nak busuk-busuk 20-30 references.. Udahnye aku asyik tersilap masuk topik bila buat meeting dengan group aku untuk kedua-dua subjek tu.. time heat transfer, aku ckp pasal thermo, time thermo, aku ckp pasal heat transfer.. penin2..

Semalam pulak pergi jumpa supervisor untuk dissertation aku sem depan, dia dah start mintak aku buat introduction untuk proposal la plak.. Kepalaku runsing sudah.. sekarang dah pukul 5.55pagi, sesi senaman otak dengan bermain farmville dan membaca blog-blog org sudah selesai, senaman jari dengan menaip blog sendiri pun sudah selesai.. lepas subuh aku nak sambung tidur.. opss, sambung keje..

Friday, October 8, 2010

Kepentingan tahu english, sket pun jadi ler..

Dulu masa kecik-kecik aku selalu tengok tv pagi-pagi (masa aku sekolah petang, mungkin form 1 atau form 2). Kat tv channel mana entah selalu tayang video clips dari barat, time tu la aku kenal kumpulan The Corrs, N Sync, M2M dan banyak lagi la kumpulan yang dah pun pupus sekarang ni.

Tahun lepas, aku ingat lagi masa aku dengan beberapa kawan pergi karaoke, time tu tak kapel lagi dengan Dayah, dia pun ikut gak setelah dipaksa-paksa oleh aku dan Azmir. Time nak pilih lagu tu, aku ternampak satu kumpulan Soul R&B yang aku rase sekarang dah tak pun wujud, iaitu kumpulan Az Yet. Masa aku kecik-kecik dulu aku suka dengar melodi diaorg, layan seh.. Lagu yang aku minat "It's hard to say i'm sorry"(lagu Chicago yg dinyanyikan semula) dan "Last Night"..

Aku lagi suke lagu "IHTSIS"(panjang sangat tajuk lagu nak taip) tapi ade lagu "Last Night" je.. Aku balun je pilih lagu tu.. Nasib baik lirik lagu tersebut tidak rakan-rakan perasan kerana masing-masing terlalu asyik mendengar kegemersikan suara lunakku.. time tu aku perasan gak la lirik die macam aneh, nyanyi buat muka innocent sudey~


adoi la.. tu la, sape suruh aku tak pandai bahasa inggeris masa kecik-kecik? Main sebat je lagu gitu.. Kena gelak gak la dengan Dayah lepas kitorang dengar balik lagu ni lepas kami dah kawen.. Tapi still okay lagi la daripada satu famili kat video ni, melampau benar tak reti englishnye..

Monday, August 23, 2010

Fuiyoo gambo aku masuk youtube!

Tadi dok main2 tenet, ade member cakap gambo aku ade kat dalam youtube.. fuh kagum seh, muke aku masuk tv (monitor komputer je pun).. bile lagi kan? bile dah masuk kagum, nak masuk kan gambo sendiri segan..

Aku pun cari2 la, fuiyo terkedu gak aku melihat diri aku persis model majalah.. wife aku pun ade gak terselit, kalo aku macam model, die mcm supermodel kot.. syg, abg dah puji lebih sket ni, masak best2 ek sahur nanti.. ;)

Setelah aku download guna torrent, fuuuh die punye feeder beribu2.. punye la ramai share video baek ni.. download movie pun kelajuan max aku dapat 200kbps, video ni klik je terus siap download, haih brape juta bit per second pun aku tak pasti.. dasat beno aku ni perasan.. sudah2.. layaaaaaan kan klip di bawah.. zaaaaaaaaaaaaass...

Saturday, August 14, 2010

Time to die...t

Hari ni masuk hari keempat puasa.. Time puasa ni entah kenapa aku rasa mengantuk lain macam je pagi2.. Tiap pagi dayah suruh aku kejut pukul 4pagi, memang tiap kali pkol 4pagi aku akan automatik bangun sejenak mendengar alarm berbunyi, siap rasa segar pulak tu.. Tapi elok je lepas aku kejut Dayah bangun, aku hilang kesedaran diri, pkol 5pagi baru Dayah kejut aku balik sahur.. Lepas subuh, rebah bangun dalam pkol 9-10pagi.. Nasib baik le kitaorang tak kerja, kalo kerja, berapa kali dah kena sound dengan bos kot..

Macam mana la nak diet kalo tahan lapar, tapi aku tidur dah macam ular berhibernasi lepas telan seekor kambing dewasa.. Risau dah aku..

Semalam hari jumaat aku rasa mengantuk paling dasyat takat ni, pkol 10.30pagi baru segar bugar bangun tidur lepas subuh.. Dayah dah pegi uia dah time tu wat labwork dia.. Dalam pkol 11 aku baru nak mandi, lepas mandi aku tertengok badan aku kat cermin..

Dalam hati, "Tegap gak mamat ni, rasanya dulu gemuk, nanti Dayah balik aku nak cakap yang aku dah tak gemuk"..

Petang tu lepas aku balik dari solat Jumaat, Dayah pun balik rumah.. Dia pulang dengan berita baik..


Dayah: Abg, syg nak citer sket, tapi abg jgn perasan ek


Aku: Ape die? citer lah, abg tak perasan


Dayah: Ada kawan syg kat lab cakap abang ni "rare". Jarang ada lelaki Melayu yang tinggi with well-built body, lengan sasa macam abang.


Aku: .... (Cube menahan diri dari perasan)


Aku sambung: Abang baru nak cakap pasal tu kat syg.. (Percubaan untuk menahan diri dari perasan gagal dengan cemerlang)


Ok, aku nak sambung tekan tubi 200kali..

Wednesday, August 11, 2010

Puasa pertama

Alhamdulillah, aku berjaya menahan nafsu pada hari pertama.. nafsu makan sume la, bukan nafsu tu jer.. takde mende lain nak pikir la tu..

Ini hari pertama aku berpuasa di bulan Ramadhan dgn isteri.. kalo puasa, dah beberapa kali dah, dok folo dia ganti pose last2 minute, bagi support sahur ngan berbuka sama2.. nasib baik dayah sempat setelkan pose die..

Ari tu dayah dok tanye mak aku, famili aku selalu sahur ngan berbuka makan ape..
Kalau dalam famili aku, sahur makan nasi putih berlauk, berbuka amat jarang makan nasi, nak merasa mende lain plak, baru ade feel puasa ni seronok sket..

Lepas dengar mak aku citer, die dok risau plak aku ni tak ngam ngan menu sahur n berbuka famili dia.. Famili dia berbuka makan nasi, sahur selalu makan nasi goreng atau gorengan2 lain.. terbalik la plak..
Alaaa.. bab makan ni aku takde nak risau mane pun.. campak ler aku kat pelusuk mana asalkan ade makanan yg sedap2, aku telan aje.. yg halal saje yer..

Time kat hostel dulu aku boleh je telan maggi kari dengan telur buat sahur, berbuka pun makan mende sama... tenang je.. siap boleh maintain slim lagi.. skrg ni plak dah besar sket, ukur lilit pinggang naik 2 inci menandakan aku sedang hidup bahagiaaa..

kamon, ini waktunya utk aku kembali fit seperti dulu..

6 packs dalam masa sebulan!

err 4 je dulu kot.. aja aja fighting!!

Friday, August 6, 2010

Fuh lamanya cuti..

Lame btol dah aku tak update blog ni. Kali terakhir adalah beberapa hari sebelum aku kawen. Saje rehat sebulan dari blogging, kate baru lepas kawen, mesti lah kena berbulan madu, hamik obat! memang betol2 sebulan aku cuti blogging. Hahahaha.. bahagianyaaaaaaaaaaa~

Nak mengarut panjang plak takde idea lagi, tetibe mengejut nak menulis balik ni, bagi warm up sket otak ngan tangan nak menaip.. Ni pun dah berape belas kali aku asik typo ni.. Baru 2 perenggan aku dah dok termenung macam nak mengarang novel cinta sedangkan aku tak pernah pun baca novel cinta.

Sekarang ni pun agak sibuk gak ngan kerja lain, aku dah jadi rajin sket study lepas kawen ni sebab tak byk masa dah pakai untuk dating. Byk masa sekarang kat bilik je (jangan fikir bukan2! please behave!).

Banyak gak lah perubahan aku sekarang ni lepas kawen, dah pandai buat loan (saje dok tanye orang bank pasal loan, nak merasa gak jadi orang dah berfamili yg konon2 nak beli rumah, padahal duit tarak), dah pandai buat buku belanjawan (kalo tak, dulu main tabur je duit), dan aku makin matang (pengakuan paling tak matang aku pernah buat, hahahahaha)..

Dalam masa sebulan cuti itu ari pun aku dok terpikir, adakah patut aku menukar nama blog aku ni.. orang kate aku tak "Jejaka" dah.. hierkk.. bingung2! Adakah "Mr Pukul Tiga" lebih seswai?