Saturday, June 11, 2011

Video game yang menyihatkan


Sekarang aku cuba untuk mengamalkan hidup sihat berbanding sebelum ni. Berat naik mendadak tak turun2 lepas kahwin. Dulu berat 70kg masa study, sekarang 85kg. Nak turun sikit punya payah. Target aku tak turun banyak pun, sebab masa berat aku 70kg, aku super kurus, aku cuma target nak dapat badan yg fit sikit je.
Sket je lagi aku nak capai badan camni, lagi 5 packs jeww~

Sebelum ni aku ade suggest kat Dayah (sekarang ni kena bincang dulu dengan pasangan bile nak berbelanja besar, kalau dolu2 time bujang, main bantai beli je), beli game yg menyihatkan macam game Nintendo Wii, yg menggunakan pergerakan sampai berpeluh2.

Tapi bile survey2 console game di pasaran, ternampak pulak PS3 dan Xbox 360 pun dah hasilkan motion controller. Walaupun aku lagi minat PS3 sebab PS3 banyak collaborate dengan company game jepun, tapi masalahnye motion controller dia still perlukan kita memegang stick PS move lebih kurang Wii je camtu. Jadi kami beli Xbox 360 + kinect sebab motion sensor dia tampak lebih canggih walaupun tak se'accurate' ps move dan wii.


Serius aku cakap, tak menyesal beli console Xbox 360 ni. Walaupun sayang gak, kebanyakan game yg ekslusif utk PS3 aku tak dpt main, tapi aku tak kisah. Kinect ni memang sesuai untuk aktiviti beriadah, secara individu mahupun bersama keluarga, tapi seriously, aku prefer bermain beramai2, memang fun dan enjoice!! . Takat ni game kinect favourite aku adalah Kinect Sports, Dance Central dan Your Shape: Fitness Evolved. Game Your Shape adalah game fitness yg ajar kita routine aerobik seolah2 kita ada personal trainer sendiri, ada kelas After Baby yang khas utk Dayah punye slimming program lepas bersalin nanti.

Si Dayah cakap dia nak jadi hot mama lepas bersalin nanti, tapi dia tak suke aku exercise sgt, dia lagi suke aku gemok macam Po. Euww, aku pun nak jadi hot papa jugak. Tak sabar nak kecilkan 1 pack yg ada, dan tambah 5packs di abs utk menjadi macam gambar di atas.

IELTS

IELTS a.k.a International English Language Test System. Test ini wajib diambil oleh semua yang nak further study kat oversea. Di mana, bagi destinasi yang tidak menggunakan English sebagai bahasa ibunda, requirement utk lepas hanyalah 5.0 out of 9, dan untuk destinasi yang menggunakan English sebagai bahasa mereka, min requirement adalah 6.5 out of total 9. Dalam kes aku, aku perlu dapatkan minimum 6.5 jika mahu sambung ke us.

Aku dengan Dayah baru je ambik test ni 28 May lepas. Masing2 tak ade buat preparation sangat, takde pergi kelas yang dia offer yang tak agak2 mahal. Aku cari kat internet je semua study resources. Dua2 punye English skill dah berkarat habis, terutamanya kat writing. Speaking pun aku makin berterabur sebab kat UM rata2 gaul dengan orang sini je, Dayah kat UIA kerap borak2 dengan foreign students.

Mmg gamble lah kot kami berdua pergi test tu. Bahasa bukanlah bidang kami. Bahasa Melayu pun tergagap2, inikan pulak English. Meh bagi aku soalan Math, confident la jugak aku menjawab. Cuak tak cuak lah kalau dah yuran dia rm570. Kalau tak lepas 6.5, tambah la lagi rm570, hamek lagi sekali. Haih, mengalir laju je duit dalam poket keluar.

Hari ni dapat result, Alhamdulillah, aku dan Dayah sukses. Seperti yang dijangkakan, writing dan speaking aku hancur luluh, nasib baik dengan menggunakan deria pendengaran dan penglihatan aku yang tajam, listening dan reading aku dapat cover dua tu. Heh.

IELTS sudah setel, jom cari tempat sambung! Eh, aku lupa, master aku tak setel2 lagi. Duh!

Monday, June 6, 2011

Dayah vs Po

Baru-baru ni aku suka menyakat Dayah dengan gelaran Po. Sebenarnye kitorg memang suke menyakat satu sama lain. Lepas tengok cerita Kungfu Panda 2. Aku mula memanggil dia Po, tu pun lepas dia menyakat cuit2 perutku yang kian mengempis, heh. Tak tahan kena sakat punye pasal, terus terkeluar bunyi 'Po' tu dari mulutku, hoho. Dayah merajuk, pastu dia plak ejek aku si kambing tua penilik nasib sebab rambut aku yang dah beruban di dalam usia yang masih remaja dan comel.

Aku gelar dia Po bukan lah sebab perut Po sama dengan perut Dayah yang mengandung tunggu hari je nak deliver. Tapi sebab kechomelan dan kekelakaran Po tu sama macam ape yg aku nampak kat Dayah.


Her cute chubby cheeks and round face mirip Po.

Practicing kungfu in Po's hometown, China

All her cute gestures never fail to make me laugh, just like when watching Po in Kungfu Panda 2. Hik hik! Full with awesomenesss and cutenesss