Wednesday, July 7, 2010

Gajiku bakal dipotong!

Lepas aku kahwin ni, gaji kami bakal dipotong..
Mengikut perjanjian dengan Kementerian Pengajian Tinggi,
Jikalau pelatih berkahwin dengan pelatih yang juga dibawah Skim Latihan Akademik Bumiputera yang belajar di universiti yang sama atau tinggal bersama selepas kahwin, maka elaun KPT akan dipotong..
Alamak, banyak gak tu kena potong.. RM225/month gak lah sorang kena potong. (RM450/month kalau campur dengan Dayah, hierrrk!).. part last terma kat atas tu aku ingat dah boleh terlepas sebab aku belajar di universiti lain.. ada plak dia tambah tulis kalau tinggal bersama pun kena potong daaa.. takkan ler aku nak tinggal rumah parent aku, Dayah plak kat rumah parent dia lepas kahwin semata-mata nak dapatkan full allowance.. aku tak sanggup berjauhan dengannyaaaaa~~ (dalam hati ada taman bunga, ilmu dan budi, oke!)..

RM450 boleh buat bayar motor aku bulan-bulan tuuuuu... mula-mula ada gak la pikir nak kawen diam-diam.. Maksud aku bukan ler kawen diam-diam tanpa pengetahuan keluarga, sanak-saudara dan rakan taulan, tapi tanpa pengetahuan bosss.. Tapi benda ni macam gaji lah jugak, kita tipu, duit tak berkat.. tak baik tipu taw adek-adek, berdoseee..

Tapi tak apa, itu dugaan.. Semoga dimurahkan rezeki selepas kahwin.. Alhamdulillah masa tunang bulan Feb tu rezeki aku melimpah ruah, harap-harap perkara sama berlaku lepas kahwin.. hari tu baru dapat rezeki kahwin in advance, tenkiu Kak Tek!.. hihi..

Update: Aiyaa.. tadi orang MSD cakap RM900/month (jumlah kena potong kedua-dua orang).. manyak tuuu.. jangan suspen dulu.. kena konpemkan dgn KPT..

4 comments:

Cik Specky said...

ade orang kata kawen ni menambah berkat.. hehe~ InsyaAllah, murah rezeki encik azan dan puan azan nnt.. amin!

Azan said...

terima kasih una..
"apakah rezeki (hadiah) yang bakal diterima dari una yer?", pertanyaan yang bermain difikiran cik Dayah..
hehe.. ;p

ajezahmad said...

weh, korg dapat elaun selain dr rm2300 tuh ker? elaun cola? hebat, btw, ape colr theme kahwin nanti?

Azan said...

ha'ah.. dpt elaun sara diri dari kpt.. yg rm2200 tu gaji dari uia.. tema kami kaler purple.. yeay dapat cokelat!