Wednesday, June 30, 2010

Misi yang gagal

Sekarang ni aku agak addicted dengan badminton selepas bermain dengan 4 kawan yang lain 3 minggu lepas. Tu first time aku main semenjak sekolah rendah kot.
Petang tadi aku bersemangat ajak member-member main badminton kat uia. Punye la plan, siap cari racket badminton sampai tiga batang, udahnya takdak tempat boleh main. Court dekat KAED siap kena kunci dengan mangga besar gedabak, court dekat female sport complex jadi tempat main futsal, court dekat male sport complex takdak letrik sebab suis utama dia off, nak main kat outdoor punye court, ujan la plak takut ade yang tergelincir tengah-tengah malam.

Udahnya kami beransur pulang ler dengan membawa hati yang lara dan berhimpit-himpit 5 orang dalam kereta kancil dengan keberatan purata setiap manusia adalah 100kg, total setengah tan weh, dasat betol kancil encik Azmir.. Azmir tak abis-abis cadang pegi jalan-jalan dekat tasik titiwangsa ngan tempat main layang-layang kepong.. Ape kejadah hujan-hujan pi tempat gitu.. haih..

Tak ade bende nak buat, maka kami pergi la cari tempat makan. Sebulat suara menyetujui makan malam di SS2, jauh gil bab.. tapi puas ati ler.. pekena carbonara dengan milo panas (aku masih berpantang ais!).. peh layan..

Konklusinya, misi untuk menghilangkan peratus lemak kat perut gagal dengan cemerlang di mana pada akhirnya peratus lemak meningkat secara drastik sampai Azmir tak boleh duduk membongkok ketika memandu.. pricelessss~!

Monday, June 28, 2010

Santau 2

Entry ini adalah kesinambungan entry santau sebelum ni.
Baru je tadi mak aku call seorang pengubat santau yang berada di Kedah atas rekemendasi orang. Beliau mampu mengubat melalui telefon dengan membaca ayat-ayat ke telinga kita melalui telefon (teknologi juga berguna dalam perubatan tradisional tau).

Seperti yang sedia tahu, aku memang kena santau katanya, tekak rasa gatal-gatal kerana miang diletakkan di tekak aku. Untuk yang tidak tahu, santau ni kata orang berasal dari miang buluh selalunya dan digaul dengan kaca pecah yang sangat halus sehingga boleh difilter dengan kain (apa yang aku dengar). Ia sangat halus sehingga boleh menembusi liang roma kulit dan masuk ke dalam tubuh. Lagi kata beliau, miang di tekak aku akan jadi sangat aktif pada waktu malam kerana sejuk. Aku memang sangat kerap batuk malam, sampai mak aku cakap

"macam mane la kau ni lepas kahwin?"

errr.. Betul gak tu.. Terganggu pulak nanti..
Dan baru aku teringat yang aku batuk ni bermusim, selalunya datang tatkala musim hujan (sebab sejuk mungkin). Adakah ianya kebetulan atau suratan? Ia seperti apa yang beliau katakan.
Lepas beliau melakukan bacaan doa, aku rasa tekak aku sudah kurang gatal, dan batuk aku pun hilang. Cuma ada sedikit batuk disebabkan kebiasaan aku untuk hilangkan gatal tekak aku sebelum ni.

Perkara yang sama berlaku pada mak aku. Mak aku kena santau tulang menyebabkan mak aku selalu sakit kaki kanan dan sakit tapak kaki kedua-dua belah kaki. Kesakitan itu semua hilang kata mak aku lepas dibacakan doa.

Alhamdulillah, seronok aku tengok mak aku dah ok balik, dan lega rasanya bila aku dah kurang batuk seperti sebelum ini.

Yeay boleh minum air berais balik.. opss belum boleh lagi, tunggu lepas kahwin.. uhuk uhuk..

Sunday, June 27, 2010

Pecah tabung

Petang tadi aku ngan Dayah pecahkan tabung kitaorg.. melambak duit syiling, aku dok angkut pakai beg pun rasa macam nak tertanggal bahu aku yang lebar ni.. Dayah tetibe rajin nak menabung lepas ternampak ada jual tabung di kedai DIY kat JJ AU.. aku terus belikan tabung untuk dia bagi menggalakkan amalan menabung dari kecil.. haha

Pening gak kepala dok kira-kira duit syiling.. yang limaposen boley tahan lagi, sampai part 10 sen dah penin, kecik sangat, dan sangat banyak.. yang 5 sen, kire halal je lah, apakan lagi yang satu sen, dah tak ade nilai dah, sian die..

Dayah cakap dia nak menabung untuk beli sofa, kalau ade duit lebih, beli tv, pastu meja makan, pastu kete bmw.. baguih dia nih, impian memang menarik tertarik hati aku.. kalau Dayah beli kete bmw, mesti aku yang akan bawak.. yay!.. berapa tan duit syiling agaknye boleh dapat bmw ye?

Thursday, June 24, 2010

Santau

Aku pernah cerita sebelum ni pasal aku kerap diserang penyakit batuk yang berpanjangan dalam entry musim sakit. Disebabkan perubatan moden tidak berhasil untuk mengubat penyakit aku ni, aku pun cuba lah petua-petua orang tua seperti makan sirih dan gula, telan madu, minum air asam jawa, minum air limau nipis dan sebagainya. Namun, tetap tidak menampakkan hasil.

Batuk ini cuma akan reda dengan sendirinya setelah beberapa bulan. Maka aku suspek ianya adalah disebabkan alergik ataupun cuaca negara Malaysia yang tidak berapa sesuai dengan tubuh Caucasian aku ni. Tapi nak buat macam mana, inilah tanah tumpah darah aku, tak sampai hati pulak migrate hanya disebabkan batuk. Tapi ini hanya jangkaan aku, mungkin aku boleh cuba duduk kat oversea beberapa tahun untuk memastikan kesahihan hipotesisku itu.

Tapi, baru-baru ini, abang ipar aku cuba mendapatkan nasihat dari seorang sahabat yang berada di Bangi, katanya sahabat itu mempunyai kepakaran dalam perubatan tradisional. Beliau berkata, penyakit aku ni ade mungkinnya disebabkan SANTAU. Santau ini tidak semestinya disebabkan orang dengki dengan kita, mungkin ia ditujukan kepada orang/tempat lain, tapi terkena dekat orang yang tiada kaitan.

Petang tadi anak angkat makcik aku recommend pergi kat satu tempat perubatan tradisional. Aku tak percaya sepenuhnya kepada perubatan tradisional ni kerana kebanyakannya yang aku lihat tidak meyakinkan dan aku risau ianya tidak mengikut hukum syarak. Tapi tempat berubat yang aku pergi petang tadi tak ada bagi ubat-ubatan, part ubat-ubat ni yang aku risau sebab tak tahu asal usul ubat dan kandungannya, mana la tahu ada kesan sampingan. Orang yang mengubat tadi kononnya membedah aku secara batin dekat dada. Dan sekali lagi perkataan tak best disebut.. Ya ia adalah Santau.. katanya paru-paru aku dah koyak sebab santau. Aku tak paham, koyak secara batin atau zahir? apa beza koyak batin dan zahir? Kalau paru-paru koyak secara zahir, dari perspektif saintifik, pasti aku dah berada dalam wad kecemasan kini.

Tapi aku tidak lah mengatakan yang aku tidak percaya pada santau.. Mungkin aku tak percaya sebab aku tak dapat terima aku kena santau. Aku harap ianya tidak betul, dan jika betul, aku harap aku dapat jumpa penawarnya.

Wallahualam.

Aku harap ianya tidak berlaku pada aku.

Monday, June 21, 2010

Dah habis cuti

Hari ni sekolah dah bukak balik selepas cuti.. aku sangkakan cutinya sampai awal bulan Julai.. terbawak2 pulak cuti IPT yang bukak pertengahan bulan Julai..

Cakap pasal cuti ni, seblum ni aku ingatkan cuti aku habis awal Julai, bermakna kelas aku mula 10 Julai (kelas aku adalah pada hari minggu).. kalau betul ade kelas pada hari tu, bermakna aku pasti akan pontenglah sebab pada tanggal yang sama aku kawen..

Nasib baik ler kelas aku mula 17 Julai, aku bakal memulakan sem baru sebagai bukan lagi seorang bujang.. Yessss!!!!

Maka terlepaslah aku dari ponteng free2 je kelas pertama.. tapi kalau kat UIA dulu, ponteng awal sem selalu je budak2 buat, aku tak berani buat, tak tau kenapa, skema habis, konon2 takut tak dapat capai 80% attendance.. jangankan ponteng, mintak member sainkan attendance pun aku tak berani.. patutla aku dulu ni kena chop sebagai budak skema bagi orang yg tak kenal aku.. aku ni jahat okay!

Ok, aku tipu, aku bukan jahat, tapi aku sangat nakal!

Cuti aku dah nak habis.. aku sangat tak sabar nak habiskan belajar kat um dan fly sambung belajar.. sebab utama aku tak sabar nak fly adalah... aku nak beli kereta dan motor kat oversea dan bawak balik cuba apply permit pelajar.. hoho.. Dayah berimpian membawa balik BMW (mak aih~!), aku takat bawak balik motor cukup ler, Kawasaki ZX10R dan Honda CBR1000 dan Yamaha R1 menjadi pojaan hati kuuu..

Berhenti berangan jap, nak mandi sebab kena hujan masa naik motor tadi..
Ya, aku tak pernah serik bermandi hujan ketika naik motor.. hahaha!

Saturday, June 19, 2010

Penat lagi

Hari ni badan aku sengal2 je.. Dayah pun mengalami benda yang sama.. Ni gara2 balik kampung khamis lepas lah kot.. First time lah aku pergi kenduri kahwin hari khamis.. Majlis kahwin anak kepada sepupu aku.. dah kahwin dah anak sepupu aku, aku pulak takdak anak lagi, malah baru nak kahwin.. haish..

Dayah first time ikut aku balik kampung.. tu pun curi2 keluar rumah, mau terkejut mak dia tau dia pergi sabak bernam.. hoho.. Penat kan Dayah? Nama je kampung kat selangor, perjalanan ambik masa dekat 3 jam gak lah.. Tambah pulak balik hari je.. Pergi balik, dekat 5-6 jam gak ler dalam kereta tu.. Tu belum balik kampung masa raya lagi tau, keluar lepas subuh, balik isyak sampai rumah.. Bersedia yer Dayah untuk raya tahun ni.. ;p

Esok rasanya nak dok tido kat rumah seharian je.. tapi kalau dok baring dan tido je sepanjang hari pun aku rasa macam makin sengal je jadinya badan aku.. nak pergi eksesais, takut tumbang pulak karang.. nak makan pulak macam lalu tak lalu, tetibe rasa nak demam.. atau ini orang gelar "kecuakan menanti saat2 bernikah?"
erk... tetibe jantung aku berdegup pantas bagai baru lepas joging selama seminit..

Tenang2, aku cuma perlu ucap beberapa patah perkataan sahaja.. monolog nak sedapkan ati.. Aduh, nak makan obat, sapu minyak angin susu kambing pemberian aunty zini secara percuma lepas tu mau tidur.. Sweet Dream~

Monday, June 14, 2010

Cuti yang penat

Sekarang musim cuti sekolah.. weekend sangat2 memenatkan.. kenduri sana sini.. tapi ape boleh buat, tahan je la.. abis musim sekolah nanti aku pulak kawen..
Aku penat ni bukan penat fizikal je, penat mental pun ade.. tak tau kenapa, dah tak mahu tahu kenapa.. malas nak fikir.. abaikan dan pergi je bersama arus.. bila fikir, selalunye ia akan jadi makin serius.. org kata cara nak mengatasi masalah adalah dengan menghadapinya.. tapi sekarang aku dah penat nak hadapi masalah.. kalau boleh aku taknak tahu yg aku ada masalah yg kadang2 tidak sepatutnya menjadi masalah pun.. cepatlah masa berlalu, harap masalah berlalu bersama masa..