Fuh.. lama jugak bercuti ni, standard orang ramai cuti 4 hari, aku cuti 12 hari.. ni baru balik dari hanimun ni (berangan, padahal baru tunang).. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dengan suksesnye aku menjadi tunangan org. Pagi tu, bukan main penuh lagi rumah aku nih, macam nak raya la pulak, serius jarang penuh gitu melainkan hari raya Aidilfitri, hari raya pun belum tentu penuh gitu lepas tolak ngan yang beraya kat rumah mertua lagi..
Cerita pasal raya kat rumah mertua ni yang best sket.. haha.. jangan jeles abang kakak adik yang dapat orang jauh.. aku teringat lagi, akak dan abang aku usik2 aku, tanya "bakal" aku orang mana? perlu naik flight tak? perlu lalu tol tak?.. aku spontan terlepas cakap "tak payah kot, sebelah taman je"..
kebetulan time tu, memang aku berminat dengan seorang gadis sebelah taman tu.. Dan dipendekkan cerita, gadis sebelah taman yang aku minat tu lah "bakal" aku merangkap tunang aku kini.. "Senangnya dalam hati...", tetibe nak nyanyi lagu Allahyarham P.Ramlee ni tapi aku tak berani sambung yang lepas tu.. uish.. mintak simpang kata "bakal" aku..
Rumah kami sangat la dekat, 10minit je kalau naik kete wira, kalau naik ninja 7 minit bleh sampai dah.. kalau raya tu, tak ada masalah lah kot.. bawak nasi himpit sket masuk dalam kereta, sambil drive baru suap 4 ketul nasi himpit ke dalam mulut, dah sampai dah rumah yang lagi satu.. tak mencabar la pulak bile pikir balik.. tapi aku memang lagi suka tak mencabar gini.. muahahaha.. dengki tak? dengki? :p
Kini darah aku sudah menjadi manis.. aku tak paham sgt, maksud darah manis di sini.. aku risau kalau aku terluka, bangun esok pagi, semut berkerumun kat luka aku.. hierkk, horror siut.. dengar ceritanya, masa darah manis gini ler byk dugaan, byk org ngorat.. betul atau tak tu aku tak pasti.. pendek kata, kepada orang2 single di luar sana, jika mahu orang ngorat, bertunang lah cepat.. probability utk ramai org pikat kerana darah anda manis akan meningkat.. tapi kalo dah bertunang maksudnye dah ade empunya lah.. ape punya kontra la idea aku ni.. jgn ikutkan sangat idea aku ni, aku masih di awangan.. muahaha..
Semoga dijauhkan ler dari berlakunye semua kisat darah manis tu kat kami.. tak rela i taw..
Tengok tu.. mane la tak manis darah die.. semanis senyuman kot..
So sweeeeeeeet~ manis manis!
ADA APA DENGAN CINTA 2014
10 years ago