Monday, February 1, 2010

Kebebasan yang terlampau

Minggu ni aku dah start free yang amat sangat. Aku dah meletakkan jawatan salah satu kerja part time aku. Dan minggu ini juga minggu terakhir aku dengan kerja part time aku yang lagi satu. Lepas ni, cuma satu kerja part time je aku buat (kerja part time yang ni safe sket, sebab takde EPF transaction, takde lah kantoi). Dua kerja part time yang aku resign bermajikankan UIA, maka agak bahayalah sekiranya aktiviti separa masa aku itu diketahui UIA sendiri yg mensponsor aku sambung belajar.

Aku ni walaupun kadang2 agak pmalas, tapi aku jarang jugaklah buat kerja separuh jalan. Apatah lagi bila dalam karier. Time kerja engineer dulu, walaupun aku memanjang tensen sehinggakan berat aku turun mendadak, uban muncul dikepala bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan tapi aku tetap sayang nak tinggalkan kerja lama aku dulu. Salah satu sebab utama adalah aku kenang budi orang kat aku. Bos aku, rakan sejawat aku dan pekerja kantin yg sudi melayan aku pagi, tghari, petang (kantoi byk kali amik break ;p). Masa resign keje engineer dulu, lepas aku tender resignation letter, air mata jantanku hampir merembes bagai embun di subuh pagi, namun aku tenang menahan sampai mukaku kemerahan.

Hari ni aku nak tender resignation letter utk keje part time aku. Kalau ikutkan hati, aku taknak pergi melawat dah, nanti kantoi pulak... muka je ganas, rambut pacak, tapi dalam hati ada taman. Gulpren aku suggest bawak buah tangan, maka aku pun ajak ler dia temankan beli buah-buahan, bleh aku selit surat letak jawatan kat celah2 buah tu, tak obvious sangat. Aku mintak die teman masuk skali, harap2 tak kantoi sangat ler betapa lembutnye hati ini (hati lembut tak sama dengan cepat cair taw, lalalala~ ;p).

Staf-staf tempat kerja aku sangatlah sporting, kalau boleh, taknak putus hubungan gitu je. Tapi pikir balik betul gak bila dengar diorg pun cakap, "Takpe, lepas ni Jejakapukultiga (bukan nama sebenar) mesti selalu datang bile nak buat medical claim lepas jadi lecturer.. masa nak buat maternity claim utk dayah (aiyak, terletak nama sebenar pulak dayah, sowi) pun kena jumpe kitorg gak, hehe".
Alaa.. bukan masa buat claim je, diorg selalu datang ke rumah gulpren aku sebab nak jumpa mak dia. Mesti bertembung punye lah lepas aku duduk rumah dia..

Aku nak buat karangan sedap-sedap untuk resignation letter aku. Nak bagi sweeeet~ sket.. hohoho

2 comments:

Princess Hidayah said...

maternity claim...hahahha..sebelum buat maternity claim kena buat ape azan??? hahahhaha....jawab nie soalan nie...

Azan said...

errr.. aiyooo.. mencabar soalannye.. nak buat org mengandung, kenelah kawen dulu.. ;)