Ari ni dah 30 May, esok 31 May.. Selasa dah masuk June.. Erk, tak lame je lagi aku bakal menamatkan gelaran bujang ni.. Kawan2 dok tanye, "hang tak nerves ke hari dah dekat?"
Aku dok pikir, perlu ke nerves? Buat masa ni excited.. Sape tak excited nak kawen weh? Bongkak sungguh aku ni, tengok ler nanti bile berdepan dengan tok kadi, jangan melekat bibir2 aku ni masa nak kabul sudah..
Masa aku kerja kat klinik, akak2 klinik dok cakap, "nanti hang kawen, hang akan rasa menyesal tak kawen awal2".. Peh, sungguh mendalam kata2 motivasi mereka sehingga membuatkan aku makin tidak sabar nak kahwin.. Sabar2, jangan gelojoh..
Sekarang agak sibuk gak ler nak finalize persiapan kawen.. Dayah tengah nak cari flower girls.. selalunye flower girls ni dua orang.. Selalunye dalam majlis macam ni kalau kat belah famili aku, ade dua orang calon anak buah perempuan aku yang sebaya selalu jadi flower girls, Syasya Nadirah dan Alya Nabilah.. La ni sorang baru berangkat pergi ke hujung dunia, nun di Amerika.. Kena la cari orang lain, Alya tu dengan orang lain tak ngam kot.. Budak berdua tu macam kembar je walaupun tak seiras..
Satu lagi, kami sedang bingung.. Mahu menyewa atau tinggal di rumah parent beliau.. banyak menjurus kepada menyewa diluar.. Antara sebab2nye, korang pegi ler kursus kawen, nanti ade ler dia ceritakan pengalaman2 merpati dua sejoli yang tinggal kat rumah mertua.. tak payah cerita tinggal bersama ler, untuk beberapa hari pertama pun dah macam2 cerita mereka nih.. nasib baik aku tak berapa faham lawak ehem2 yang diorg buat.. haih, susah betul jadi orang yang innocent bersih murni ni..
Cakap pasal kursus kawen, aku rasa penceramah2 kat situ jauh lagi dasyat dari calon2 raja lawak... serius beb! kalau hati gundah gulana dan mahukan bahan jenaka yang kaw2 lawak gila, aku nasihatkan pergi kursus kawen.. kalau boleh dengan pasangan, kalau sorang2 jadi bahan ler nanti..
Ok ar, ingat nak praktis lafaz kabul dulu(semangat gile, lagi sebulan beb ;p).. chiow..
ADA APA DENGAN CINTA 2014
10 years ago