Semenjak selasa lepas aku dan dayah agak tegar mengunjung hospital selayang. Start lepas pagi selasa lepas, doktor klinik uia yang buat weekly checkup dayah cakap dia dah boleh kemas barang dan pegi hospital.
Tapi bila sampai hospital, buat checkup ape bagai, doktor ckp baby belum nak keluar lagi. Doktor situ siap menyumpah seranah doktor uia ckp diaorg tak reti buat keje.
Pada subuh rabu, dayah dah start rasa sakit. Dipercayai simptom contraction. Selang 15 minit pada mula, lepas tu dah tak menentu. Dayah takmau pegi hospital sbb rasenye masih awal. Tambah2 lagi lepas dia dengar doktor situ emo2 hari sebelumnya, mau tak cuak.
Pagi ni, khamis, pkol 3am dayah dah sakit makin kerap. Sampai takleh tido. Teruk sgt keadaannya, kami pun berangkat ke hospital selayang tu balik lepas subuh.
Bila dicheck, dah ade contraction 1cm. Doktor cuba membuka laluan utk baby keluar, dan dayah disuruh balik sebab keadaannya yg tidak teruk lagi.
Ngam2 on the way nak balik tu lah dia dah start sakit teruk sampai susah nak jalan. Sampai rumah pkol 12tghari, dia dah tak senang duduk, sakit nonstop, dlm 10minit, 3-4kali dia rasa sakit. Pkol 2 antar balik ke hospital selayang.
Harap2 kali ni terus bersalin, takleh bayang seksanya kalau doktor suruh tunggu lagi. Kesian sampai takleh tidur.
Update blog ketika resah menunggu kat dewan bersalin.
ADA APA DENGAN CINTA 2014
10 years ago