Thursday, June 23, 2011

pengunjung tegar hospital selayang

Semenjak selasa lepas aku dan dayah agak tegar mengunjung hospital selayang. Start lepas pagi selasa lepas, doktor klinik uia yang buat weekly checkup dayah cakap dia dah boleh kemas barang dan pegi hospital.

Tapi bila sampai hospital, buat checkup ape bagai, doktor ckp baby belum nak keluar lagi. Doktor situ siap menyumpah seranah doktor uia ckp diaorg tak reti buat keje.

Pada subuh rabu, dayah dah start rasa sakit. Dipercayai simptom contraction. Selang 15 minit pada mula, lepas tu dah tak menentu. Dayah takmau pegi hospital sbb rasenye masih awal. Tambah2 lagi lepas dia dengar doktor situ emo2 hari sebelumnya, mau tak cuak.

Pagi ni, khamis, pkol 3am dayah dah sakit makin kerap. Sampai takleh tido. Teruk sgt keadaannya, kami pun berangkat ke hospital selayang tu balik lepas subuh.

Bila dicheck, dah ade contraction 1cm. Doktor cuba membuka laluan utk baby keluar, dan dayah disuruh balik sebab keadaannya yg tidak teruk lagi.

Ngam2 on the way nak balik tu lah dia dah start sakit teruk sampai susah nak jalan. Sampai rumah pkol 12tghari, dia dah tak senang duduk, sakit nonstop, dlm 10minit, 3-4kali dia rasa sakit. Pkol 2 antar balik ke hospital selayang.

Harap2 kali ni terus bersalin, takleh bayang seksanya kalau doktor suruh tunggu lagi. Kesian sampai takleh tidur.

Update blog ketika resah menunggu kat dewan bersalin.

6 comments:

headbart said...

Waaahhh!!!

good luck!! sudah jadi Bapak belum nih?

xlanxdiablox said...

see? dr. uia takleh caye. psl depe korang lak kene marah. haha. sempat ko berblog kan bini tgh sakit2 tu. haha.

Azan said...

tq hana. Alhamdulillah lancar

lan, ko tgk betol2, dr uia dah predict jauh lebih awal yg dayah dah nak bersalin. Gempak kot.
Tak tau nak buat ape time menunggu, lama woo, nak ilang rase resah mcm2 aku buat. tggu lah turn faz nanti. Hehe.

GematriA™ said...

ahahaha..
salam bro..

moga semua berjalan lancar..

btw, selamat jadi bapa!
bhahahaha..

Azan said...

hehe.. thank you dude! ;)

Anonymous said...

what's up jejakapukultiga.blogspot.com blogger found your site via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your blog http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my website. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com