Saturday, June 11, 2011

IELTS

IELTS a.k.a International English Language Test System. Test ini wajib diambil oleh semua yang nak further study kat oversea. Di mana, bagi destinasi yang tidak menggunakan English sebagai bahasa ibunda, requirement utk lepas hanyalah 5.0 out of 9, dan untuk destinasi yang menggunakan English sebagai bahasa mereka, min requirement adalah 6.5 out of total 9. Dalam kes aku, aku perlu dapatkan minimum 6.5 jika mahu sambung ke us.

Aku dengan Dayah baru je ambik test ni 28 May lepas. Masing2 tak ade buat preparation sangat, takde pergi kelas yang dia offer yang tak agak2 mahal. Aku cari kat internet je semua study resources. Dua2 punye English skill dah berkarat habis, terutamanya kat writing. Speaking pun aku makin berterabur sebab kat UM rata2 gaul dengan orang sini je, Dayah kat UIA kerap borak2 dengan foreign students.

Mmg gamble lah kot kami berdua pergi test tu. Bahasa bukanlah bidang kami. Bahasa Melayu pun tergagap2, inikan pulak English. Meh bagi aku soalan Math, confident la jugak aku menjawab. Cuak tak cuak lah kalau dah yuran dia rm570. Kalau tak lepas 6.5, tambah la lagi rm570, hamek lagi sekali. Haih, mengalir laju je duit dalam poket keluar.

Hari ni dapat result, Alhamdulillah, aku dan Dayah sukses. Seperti yang dijangkakan, writing dan speaking aku hancur luluh, nasib baik dengan menggunakan deria pendengaran dan penglihatan aku yang tajam, listening dan reading aku dapat cover dua tu. Heh.

IELTS sudah setel, jom cari tempat sambung! Eh, aku lupa, master aku tak setel2 lagi. Duh!

0 comments: