Saturday, May 15, 2010

Sudoku

Punye lah kerap aku main pc games, sampai udahnye aku jadi bosan.. Hari tu ada skali Dayah tanye aku camne nak main sudoku.. tetibe aku jadi suke balik main Sudoku ni.. kini sudoku kembali menjadi hobi aku..

Dulu aku pernah main, tu pun tak sengaja install game sudoku ke dalam handphone motorola aku dulu.. Masa download dari internet, description dia tulis sudoku ni adalah permainan yang amat famous dan menjadi kegilaan ramai orang.. Lepas install, aku reti tak reti main je..

Permainan ni sangat bagus dan mengaktifkan otak kanan aku rasa.. simple puzzle yang mempunyai 81 (9x9 matrix) petak yang dibahagikan kepada 9 buah 3x3 matrices.. setiap 3x3 matrix perlu diisi dengan angka 1-9 (tidak boleh diulangi).. dan setiap baris dan lajur juga perlu diisi dengan angka 1-9 tanpa diulang.. simple tapi berpeluh gak nak buat..

Aku baru je beli buku Sudoku kat Giant.. harga bleh tahan ler gak, rm13.. haih, bleh beli brape buah buku detektif conan kot.. tapi nice gak lah buku ni.. melatih aku step by step, dari paling senang ke paling sukar.. buat masa ni aku baru je dalam stage yang paling senang.. aku nekad elok je aku dapat habiskan ke semua 300 puzzles dalam tu, aku nak join mana2 sudoku competition.. hoho..

Friday, May 14, 2010

TV

Aku dah start cuti ni mati kutu nak buat apa kat rumah.. asyik2 main internet, main game, tgk tv.. ada lagi dekat 2 bulan untuk aku bercuti.. (sembang macam sebelum ni jarang cuti je, padahal seminggu kelas 2 hari je)..

Baru2 ni tetiap malam layan drama adamaya, lepas abis adamaya sambung plak tgk diari af gara2 ada ramai peminat Shahir kat umah nih..
Drama Adamaya baru je habis.. aku layan gitu2 je citer ni.. dah boleh expect ending awal2 lagi sebab aku dah banyak kali layan drama korea pasal kawen2 kontrak atau kawen paksa nih...

Antara sebab kenapa aku rasa citer ni kurang best.. hidup Adam sangat sempurna, anak orang kaya, kahwin dengan anak orang kaya gak.. sangat baik dan lemah lembut.. tak ada cacat serba serbi.. bagi wanita, beliau adalah lelaki idaman.. bagi lelaki pula, beliau adalah watak khayalan (dengan nada dengki)..

Cerita ni pun banyak plot2 yang sangat lemah.. watak seperti perempuan tua kaya yang kahwin dengan shahrom dan mantan gigolonya tidak perlu diwujudkan pun.. buat aku geli je tengok lelaki psiko yang obses terhadap sorang pompuan tua kaya..

Latar masa cerita ni pun kelam kabut, sedar2 je tetibe dah 5 tahun.. lepas 5 tahun tu ler baru Dani sibuk kejar Maya balik... dan lepas 5 tahun tu jugak gigolo tu kejar pompuan tua tu balik.. suratan atau kebetulan?
5 tahun tu panjang masanya tu.. aku bleh habiskan degree dalam masa 4 tahun.. insyaAllah dalam 5 tahun juga aku mampu menjunjung PhD.. Amin..

Aku tak tau kenapa watak yang aku paling tak suka adalah Shahrom.. nak kawen ngan Sarah dalam masa yg singkat lepas kemangkatan isteri tuanya yang kaya.. kejap benar dia bersedih, dah dapat cari pengganti.. bagaikan isteri lama die tak wujud je.. sebab tu aku rasa lebih elok watak tu tak dicipta je terus..

Yang paling smart, punye lah lama Sarah ngan Shahrom prepare nak kawen, Mika sempat kahwin dulu dengan Jasmin.. Seminggu lepas Mika kahwin, kad kahwin Sarah baru siap.. walaoweh, prepare bukan main lagi.. Mika rilek je dah siap pergi honeymoon kat Langkawi.. niceeee... Mika mmg watak fevret!

Ok lah citer ni keseluruhannye.. dengan adanya citer ni ade benda gak aku nak buat tetiap petang.. pasni tak tau nak buat ape.. harap2 drama lepas ni sedap ditonton..

p/s: lakonan lisa sangat2 kaku.. aku risau tgk die mcm nak pitam je tiap kali menangis.. mmg dia patut buat gaya nak pitam atau tu gaya die nangis?

Saturday, May 1, 2010

Anak yang ke 24

Umurku baru pertengahan 20-an, jumlah anak buah pun dah pertengahan 20-an. Aku mula ada anak buah 17 tahun yang lepas, bermakna dalam 17 tahun sahaja ahli keluarga aku berkembang dengan pesat. Tu tak kire jumlah ahli yang bertambah dengan cara perkahwinan plak. Tahun ni tambah dua orang menantu dalam keluargaku, aku bakal membawa menantu yang ke-8, adik aku bakal membawa menantu yang ke-9. Nanti nak lumba dengan adik aku, sape bleh dapatkan yang ke-25.. hohoho..

Bakal menantu yang ke-8 datang semalam nak melawat keluarga aku yang baru tambah ahli. Satu peristiwa agak aneh berlaku. Haris Ukhail (salah sorang anak buah yg baru genap umur 2 tahun) yang selalunye bad mood tetibe baik plak dengan Dayah. Mulenye malu kucin, lepas aku suruh dia salam bakal aunty dia, bukan main over lagi, kecik lagi dah menggatal yer. Haih, nak mengurat buah hati uncle ke? Well like uncle like nephew. Mempunyai taste yang sama pada wanita.. hahaha..

Sebelum ni plak Dayah pernah menarik perhatian budak yang sebaya ngan Haris, anak member aku. Sampai tahap nak Dayah dukung, taknak mak dia dukung. Haih.. Firaz ngan Haris ni same je. Gatal ngan aunty Dayah ek.. Takleh-takleh, ini aunty, uncle yang punyaaaaa~!

Dalam beberapa hari ni, agak penuh rumah ni dengan kanak-kanak, tapi masing-masing buat hal sendiri je, tapi bagus lah jugak. Kalau buat hal sama-sama, bayangkan la kalau sama-sama menangis.. Haru biru~