Tuesday, May 18, 2010

Musim sakit

Semenjak dua menjak ni, aku asyik sakit je.. paling tensen masa nak exam dua minggu lepas, sehari sebelum tu ler kena selesema, batuk n demam.. pergh, seksa gak ler dalam dewan exam yang sejuk asik nak mengalir je air hidung tu sebab selesema.. belum campur keseksaan menjawab soalan exam lagi, lagi2 exam HVAC&R yang tak reti langsung nak menjawab.. argh, orang tengah sakit ni bagi soalan biasa2 je dah ler..

Aku kalo selesema dan demam tu tak kisah lagi, selalunye jangka masa pendek je.. tapi kalau batuk, berlarutan sampai 2-3 bulan.. tu memang tak jumpe lagi ubatnye.. masalah aku ni mula dari aku kat matrik lagi.. mungkin salah satu punce adalah aku tak biasa lagi dengan asap rokok, dan masa kat matrik aku menjadi penghisap rokok sekunder yang tegar.. bertukar2 klinik aku pergi, semua same je, ubat batuk tu dah macam gula2 hacks je, makan utk keselesaan seketika, lepas beberapa minit berkokok balik (tu pun kalau tak tertido sbb ngantuk telan ubat batuk)..

Tu satu masalah aku sekarang ni, ubat!.. dah berapa banyak antibiotik aku telan, aku ni lemah sikit bab2 biology (tak amik mase spm).. maka aku tak tau ler efek makan antibiotik yang banyak.. member aku cakap kalau makan kerap sangat, nanti imunisasi tubuh terganggu.. tapi kalau doktor dah bagi, aku makan je ler.. karang tak makan, orang cakap batuk tak reda2 sebab tak makan obat.. haih..
Yang aku jarang makan adalah ubat batuk klinik je.. mula2 je ikut dose, bile dah nampak tak ade kemajuan, aku makan sikit2je.. baru2 ni pulak Dayah ade tengok cerita House.. pasal efek makan ubat batuk yang boleh melembapkan otak.. aiyaaa.. aku tak mau jadi lembap.. aku masih belajar sekarang ni..
Dan satu benda yang aku tak suka dengan ubat batuk ni adalah, aku akan kuat gile mengantuk.. kalau hari ade kelas, aku memang tak akan makan ubat batuk sebelum pergi kelas, sebab nanti konpem aku tido dalam kelas.. Time kerja kat kilang dulu pernah aku mintak doktor bagi je MC sebab aku tak boleh handle ngantok ubat batuk.. dandan doktor kilang tu cakap, "takpe, saya bagi ubat batuk yang tak mengantuk".. hahaha gile dongeng lawak doktor tu.. lepas makan tu selambe aku tido depan pc kat opis sebab tak tahan ngantuk.. nasib baik team leader aku paham masalah aku..

Aku dengan Dayah pun sekarang gilir2 demam.. aku demam, die jaga, die demam plak aku jaga.. siap terdaftar kat klinik sebagai suami isteri tu.. bukan kami yang ngada2 daftar sebagai suami isteri.. orang tu yang salah paham Dayah tu isteri aku, aku pun kesian taknak orang kaunter tu menanggung malu selambe je lah tulis nama aku dekat bahagian suami, Dayah kat bahagian isteri, kat bahagian anak2 tu kami biar kosong dulu.. hoho..

Sekarang ni aku dah takde demam n selesema.. Dayah pulak tengah demam panas teruk.. awal dia tidur tadi, aku pun terikut tidur gak lepas nyanyikan lullaby song utk die melalui telepon (sendiri nyanyi, sendiri tido).. ni terjaga malam2 dok update blog.. Ok lah, gua tido dulu.. sok nak joging bagi sihat dan jarang sakit.. 54 hari je lagi nak kawen, bagi slim sikit.. hoho

2 comments:

Princess Hidayah said...

nak dgr lullaby song lagi ....twinkle2 little star, anak itik to'wi + lagu kesukaan iaitu lagu awie (iris)....muahahhaha...praktis ag lagu awie k....nanti lagi lena syg tido...

Azan said...

huhu.. suke betul lagu tu.. nanti kite nak pilih gak satu lagu utk die nyanyi.. :p