Sunday, December 13, 2009

Pukul tiga hari ahad, balik dari kenduri kahwin

Fuh, hari sabtu dan ahad ni adalah hari yang best. Susah nak lupakan. ;)
Hari ahad, pukul tiga, baru je sampai rumah dari kenduri kawen member tmpt keje lame bertempat di taman permata. Bulan Disember ni mmg musim kawen, tiap2 minggu dpt jemputan. Payah gak walaupun dapat jemputan makan free tetiap minggu, pergi kenduri yg dekat2 jer sudah. Kepada empunya kenduri yang aku hadir, harap ampun, kerna tiada cenderahati daripadaku, kerna aku tiada lagi pekerjaan tetap (sape suruh korang kawen awal2?.. muahahaha)..

2 minggu berturut-turut kenduri kawen yg aku pergi byk menghidangkan lagu putus cinta untuk santapan telinga ketika menyantap nasi minyak.. ape kejadah? hari bahagia, pasang lagi bahagia je ler.. dah lama tak dengar lagu saloma "Selamat Pengantin Baru" berkumandang di corong-corong speaker kenduri kawen.. skrg pasang lagu-lagu moden jer, main hentam pasang lak tu, zaman kini sudah berubah, aku nak pasang lagu hindi bleh ker masa kawen nanti? satu hal gak, aku dan bakal isteri aku tak paham, walaupun dia sangat2 minat lagu hindi..

Walaubagaimanapun, disebalik kegembiraan di hujung minggu ini, ada juga kesedihan. Anak perempuan seorang staf tempat kerjaku meninggal dunia kerana menghidap penyakit kronik (entry sebelum ni ada citer).. Al-Fatihah, semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

1 comments:

Princess Hidayah said...

uik mentang2 la sume lagu hindi kiter tau terus dilabel peminat lagu hindi muahhhaaha...pas balik dari kenduri tadi terus kiter nyanyi agu selamat peengatin baru tu even lupa lirik...
penat gak sabtu ahad nie kenduri jer kan..al fatihah gak kat anak staf bakal hubby ku..huhu..