Wednesday, January 13, 2010

Bagaimana mahu mengira ketinggian bangunan menggunakan barometer?

Apa itu barometer?

Barometer adalah satu alat untuk mengukur tekanan atmosfera pada ketinggian tertentu. Pada ketinggian paras laut, tekanan atmosfera adalah 1.013x105Pa, ukuran yg akan ditunjukkan pada barometer merkuri adalah 76cm.
Sekiranya kita membawa barometer ke atas sesebuah bangunan, ia akan menunjukkan kiraan yg lebih rendah. Selepas mendapat ukuran yg ditunjukkan cecair dalam barometer tersebut, kita akan dapat jumlah tekanan atmosfera di atas bangunan, dan ketinggian bangunan boleh dirujuk melalui graf di bawah:-
Di atas adalah cara kerja yang agak sukar dan agak skema utk mengukur ketinggian bangunan menggunakan barometer.

Sebenarnya terdapat langkah mudah utk mengukur bangunan menggunakan barometer:-

1) Pergi ke atas bangunan tersebut, ikat barometer pada satu tali yang panjang, kemudian turunkan barometer tersebut hingga ke lantai bangunan. Kira panjang tali yang digunakan.

2) Pergi ke atas bangunan, jatuhkan barometer, kira masa yang diambil sebelum jatuh ke tanah. Gunakan formula S = at2/2 untuk dapatkan jarak. Dimana S = jarak, a = g = 9.8m/s2

3) Ukur panjang asal barometer, letak pada pinggir atas bangunan pada waktu tengahari. Ukur panjang bayang2 barometer dan panjang bayang2 bangunan. Kemudian boleh dapatkan ketinggian sebenar bangunan

4) Gunakan barometer sebagai penindih kertas ketika usha plan bangunan

5) Jual barometer, beli pita pengukur

6) Jatuhkan barometer dari atas bangunan, pastikan ada org terbunuh terkena barometer. Tunggu berita esok pagi "Terdapat seorang pejalan kaki mati gara2 terkena barometer yang dijatuhkan dari atas bangunan yg mempunyai ketinggian xxx meter".

p/s: jgn jawab guna 6 cara tersebut dalam exam. nak kene penampo ngan lecturer, try ar.. huhu

0 comments: