Monday, January 25, 2010

Rempit

Hari jumaat lepas baru layan citer Adnan Sempit. Layan gak beb citer ni wa ckp sama lu.. Citer pasal sorang mat rempit yang agak baik, sengal2 ubi gak gua tgk mamat ni. Tapi lawak cerita ni mmg 1st class, berbaloi gak walaupun time tu keliru nak tengok cerita omputih (old dogs) ataupun cerita melayu ni. Fikir2 balik, apa salahnya sokong cerita tempatan sekali sekala. Pasni layan old dogs pulak, hehe.

Rempit amat sinonim dengan gangster, kaki pau, peragut. Rempit ni sebenarnye lebih kepada penunggang motor kapcai yang layan lumba haram. Menurut seorang mat rempit dalam citer Adnan Sempit tersebut, terdapat beberapa kelas Mat rempit; A,C dan takde kelas. B takde pulak die cerita camne.
Yang kelas A tu dah kena dah dengan aku (Ada awek dan bawak dengan berhati-hati ;p), tapi terma mat rempit tu sesuaikah untuk aku? aku tak bawak kapcai, dan aku tak layan lumba haram. Yeah, aku bukan mat rempit, aku adalah mat motor (motorcyle lover or rider) sebab aku lagi prefer motor yang digunakan dalam cerita "wild hogs", yang besar2, walaupun aku terlalu kurus untuk bawak easy-rider bike. Aku rider kelas A kot.. hehe..

"kenapa berlumba-lumba di tepian pantai?.. sedangkan berpayung pun basah juga.. kalu rasa dah bagus sangat.. jomla lumba atas trek", Karam Singh Walia melaporkan sambil melambaikan tangan tanda perlumbaan hendak bermula.