Saturday, January 2, 2010

Hari Pertama Kelas Pada Hari Kedua 2010

Hari ni masuk balik sekolah! Beberapa hari sebelum, aku excited giler nak masuk kelas. Tapi disiang hari sebelum masuk kelas, aku rasa malas gile. Terpaksakan diri hidupkan motor dan memecut ke destinasiku, iaitu menara gading yg pernah aku tinggalkan ketika aku muda remaja dahulu sebelum aku masuk ke "taman budi dan ilmu". Sampai2 je, aku pening, berserabut gak struktur bangunan fakulti kejuruteraan dia. Maka aku pun call je kawan aku sorang lagi, sekali dia punye malas lagi dasat daaa... ada kat rumah ketika jarum menunjukkan waktu sudah 9pagi, iaitu waktu utk kelas ku bermula.

Hari ni ada dua lectures je, seksa gak otak aku kelas 3 jam setiap satu. Esok ada lagi dua kelas, dan sama jugak 3 jam setiap satu. Kena pastikan cukup tidur malam ni, malam semlm tak cukup tidur, kat kelas aku jadi org paling aktif beri respon kat lecture dengan mengangguk2 (aku harap lecturer tak perasan aku tertidur).

Untuk kelas esok aku kene bertenaga. Dan aku akan pastikan ade air jus twist dlm beg. Aku mengidam sudah.. huhuhu..

0 comments: