Friday, January 8, 2010

Minggu yg penat

Agak jarang aku update blog baru2 ni. Penat gak rupe2nye buat kerja dan sambung belajar part time nih walaupun kerja aku bukannya berat sangat pun. Si dia pun cakap, aku sekarang ni kerap tidur awal, dan aku asyik penat je kebelakangan ni. Hurmm, mula2 fikir nak wat kerja banyak2 sebab nak cari simpanan yang banyak cepat2, tapi kalau gini cara hidup aku, macam takde life lah pulak. Kemungkinan besar by the end of this month, the no of jobs will be reduced from 3 to 2. Nak relax dah, nak temankan dia, lagi pun bulan depan nak tunang dah, bagi lebih masa nak buat preparation.

Kerja yang aku akan quit adalah kerja kat sini. Sebabnye, bukanlah kerja situ paling tak best, tapi kerja kat sini paling banyak menggunakan masa aku dan pulangannya pun tak sebanyak dua lagi kerja yang lain. 5 hari bekerja, dan 2 hari belajar, fuuuh, memang letih. Masa pun tak flexible. Nak buat ape2 pun perlukan perancangan, perlukan aku utk mengambil cuti. Selalu je aku buat, tapi kalau makin kerap, tak manis pula di mata orang. Elok aku berundur diri sebelum jadi ape2. 3 bulan bekerja kat situ, memang best. Colleagues sume ramah dan baik, macam2 gelagat manusia aku jumpa masa kerja sini, insyaAllah aku takkan lupe diri bile kembali ke tempat ni dalam masa 5-6 tahun kelak. Harap2 staf2 skrg ni masih kekal time tu, bleh aku lepak2 ngan isteri aku (time tu dah isteri, amin) sebab staf2 situ semua kawan mak mertua aku. Hehe..

Esok Jumaat, aku perlu kembali ke opis, sabtu ahad masuk kelas dari pagi sampai petang lagi. Esok ingat nak mintak halfday, tapi rasa macam kalau halfday hari isnin lagi best, sbb hari jumaat punye "working" hours lagi sikit. Break sampai 2 jam. Hehe. Tapi tak kisahlah, aku dah sangat penat pun minggu ni, need time to rest physically and mentally.

2 comments:

Anonymous said...

ko nak tunang ehh azannnn...... hehehehe!!! congrats! - hanazaini

Azan said...

aiyak.. baru perasan komen ko yg ni.. hehe thanks..