Thursday, January 21, 2010

Beratku yg kian berat




Baru je check berat guna penimbang berat digital yang akak aku beli. Hierkk, 79kg (Dalam gambar tu bukan kaki aku!!). Sket lagi nak capai berat impianku iaitu 80kg. Aku tak tahu kenapa aku nak cecah berat tu dari tahun lepas lagi. Mungkin sebab aku ni dulu kurus yang amat sangat, sampai aku sendiri perasan yang aku jalan dengan postur yang amat teruk, bongkok sebab kekurangan kalsium gamaknyer (men hentam je, bab biologi ni aku lemah gile, kalsium, glukosa, karbohidrat aku bukan tau fungsi.. skali kena hentam ngan gulpren pasal kegunaan glukosa dalam badan.. terkelu lidah aku.. lemah betul ilmu biologi aku)..

Kembali cerita pasal berat. Dah lebih dua tahun (2008-2009) berat aku maintain 75kg. Aku cube ler telan macam2 tapi tak naik jugak, "dah tepu kot" pikir aku. Aku perasan berat aku naik dengan kadar yang sangat drastik bila aku mula tidak lagi keseorangan (single) tiga bulan lepas. Orang kata makin gemuk, tandanya happy.. aku happy sangat kot dalam tiga bulan lebih ni. ;)

Sungguhpun berat naik, member aku cakap aku makin kurus. Hukum apakah ini?

Bila dihitung kembali, dah sebulan kot aku tak sentuh alat senaman. Kena belajar sentuh balik ni. Ni belum kawen lagi, orang kata saat lepas kawen tu la paling mencabar untuk menjaga perut. haih!

Rindunya aku pada senaman aerobik setiap hari ahad di tasik titiwangsa!!
Go Go, 1,2,3 and 4.. goyang pinggul!!




p/s: jika benar berat naik bile hati senang.. aku rela beratku terus naik!.. ;p

2 comments:

Princess Hidayah said...

alah hubby nampak kurus gak even berat nek...tapi okeyla hubby taf hehhe... windu senaman kat titiwangsa gak..wuwuwu...tapi lagi windu hubby even hari2 jumpa...hehhe...

Azan said...

hehe.. tu ar.. windu nak menari2 kat titiwangsa.. kite ade bakat masuk sehati berdansa.. ;p