Monday, January 11, 2010

Kelas dan Cuti

Kalau dulu masa kat UIA, rasa tak sabar je tunggu midbreak walaupun hanya cuti seminggu, kadang2 tak sampai pun seminggu cuti. Tapi sekarang, buat masters kat UM, kelas sabtu ahad, terus dapat cuti 5 hari. Peh, lama tuu, dah tahap midbreak kat UIA dah dia punya period.

Kalau tak buat kerja part time, memang mati kutu ler duduk rumah. Mungkin dalam satu hari, aku boleh buat 4-5 blog entries. Cukup setahun, aku boleh mengarang novel cinta sebanyak tiga jilid. Tapi aku ni bukan jenis bunga sangat nak karang novel, sbb aku lagi suke mengadap nombor kot dari huruf, aku lagi suka guna Excel berbanding Words.

Cakap pasal Excel, hari ahad lepas baru ada satu kelas Energy Efficiency belajar guna Excel. Takat ni enjoy ler kelas tu, buat simple calculations guna Excel, aku dah naik lali buat tu semua masa kerja jadi engineer jap dulu. Tgh main kira-kira tu, prof tu dok psiko budak2 kelas nih. Die sembang ler bertapa susah keje lecturer, bertapa susah nak siapkan PhD. Dan kini, setelah 2 minggu kelas masters ku bermula, tetibe aku down.. Cheit..

Aja Aja Fighting! I Can Do It!.
ok nak men game jap..
muahaha, kebetulan aku tgh batuk, cuma bukan bawah tangga je.. lalala~

0 comments: